Sunday, 4 September 2011

Cara Menolak Cinta Paling Power And Cool

Cara Menolak Cinta Paling Power And Cool



Kali ini SabahanCrew [SC] ingin berkongsi cara² untuk menolak cinta terbaik paling cool bagi SC. Cara yang mudah dan senang untuk menolak cinta seseorang tidak kira lelaki mahupun perempuan.. Bagi SC mungkin tips ini bermanafaat untuk rujukan.. Bak kata orang ibarat menarik rambut dalam tepung, rambut jangan sampai putus tepung jangan sampai berselerak... Begitulah juga Tips yang akan SC huraikan.. hehe.. Bukan Pakar cinta tapi SC membuat carian di internet dan kumpulkan tips yang mantap untuk rujukan kaum adam dan hawa..

Antara Cara menolak cinta melalui kata-kata :-

1) Awak Sudah Saya Anggap Sebagai Abang/Adik - Cara menolak cinta Paling Cool dan tidak menyakitkan hati

2) Usia Kita Terlalu Berbeza - Cara menolak cinta yang simple dan sedikit berterus terang..

3) Saya Kurang Selesa Ada Hubungan Peribadi Dengan Rakan Sepejabat - Cara Menolak Cinta yang agak tegas

4) Awak Terlalu Baik Untuk Saya - Cara Menolak Cinta yang Halus dan peacefull lah katakan..

5) Fikiran Ku Sedang Bercelaru - Perlukan masa Untuk Membuat Keputusan

6) Saya Sudah Punya Kekasih - Antara dua sama ada betul² sudah berpunya atau Si Dia tidak ingin menyakiti hati kamu

7) Lebih baik kita Jadi Kawan Biasa - Si Dia memang suka, Memang Sayang Tapi bukan cikta..

8) Saya Belum Bersedia - Perlukan Masa Untuk Berfikir

9) Lebik baik kita Berkawan Saja - Cara menolak cinta yang selalu digunakan..

10 ) Nangis - Jika seseorang itu terlalu memaksa (hahaha.. Alangkah...)

Cara Menolak CInta Melalui Perbuatan :

Ambil Sikap Berlawanan

Ketika dia telah menyuarakan perasaannya, tentu ada sesuatu yang membuatnya tertarik kepada anda. Mungkin keceriaan anda, sifat anda yang feminisme atau macho, atau kerana sikap perihatin anda, serta banyak perkara lagi yang boleh membuat seorang tertarik kepada anda.

Gunakan kesempatan ini untuk menunjukkan sikap yang berlawanan. Jika selama ini anda seolah-olah memberi perhatian atau seorang yang perihatin, maka kurangkan perihatin anda kepadanya. Jika dia tertarik dengan sikap anda yang apa adanya, tidak ada salahnya tampil 'nakal' atau 'gedik' sedikit di depannya. Sikap ini akan membuat dia berfikir semula untuk memilih anda. Jangan bimbang kerana paling teruk pun, dia akan berfikir bahawa anda tidak ada pendirian tetap dan tak ada kelas.

Cara ini mungkin lebih mujarab jika anda bercakap mengenai lelaki lain ketika bersamanya. Ini cara terbaik untuk memadam keinginannya untuk menjadi kekasih anda. Katakan betapa anda amat tertarik pada lelaki atau wanita itu, dan berharap boleh menjadi kekasihnya. Percakapan ini boleh menjadi jarak, dan secara tidak langsung memahamkannya bahawa anda hanya ingin menjadikan dirinya sebagai kawan biasa dan sebagai tempat untuk berkongsi cerita.

Jangan Terbuka
Jangan beri kesempatan kepadanya untuk membuat tafsiran terhadap diri anda. Kecuali dia memang sudah mengetahui hubungan anda berdua hanya sebagai sahabat baik. Jangan mengungkapkan perasaan, emosi, kemalangan atau sesuatu masalah yang terjadi terhadap diri anda kepadanya. Ceritakan perkara-perkara biasa yang gembira sahaja. Lelaki cenderung merasakan telah diberi hati, dan dipercayai, jika dirinya telah dijadikan tempat mengadu nasib dan tempat meluahkan perasaan oleh wanita idamannya. Apalagi jika dirinya diminta untuk membantu menyelesaikan masalah.
Lelaki sangat suka jika dapat membantu menyelesaikan masalah temannya terutamanya wanita.

Selain itu, jangan beri peluang untuknya mengungkapkan kegalauan hatinya kepada anda. Kalau dia mengatakan sedang menghadapi masalah dan ingin bercerita, tolaklah secara halus. Katakan anda sedang sibuk atau sebagainya. tetapi jika dia sudah berada di hadapan anda, cukuplah hanya menjadi pendengar yang baik. Jangan memberi apa-apa saranan atau bersimpati dengannya.

Jauhi Berdua-duaan.
Umumnya lelaki akan cari kesempatan untuk rapat dengan wanita yang disukainya dan berusaha untuk mengungkapkan perasaannya. Dari itu jangan beri ruang antuk anda berdua-duaan dengannnya. Kala dia mengajak anda kelua berdua dengannya, tolaklah dengan halus, samada katakan anda ada urusan lain atau katakan anda lebih suka keluar beramai-ramai. Anda tetap keluar bersamanya tetapi dengan kawan-kawan anda atau kawan-kawannya. Pergilah makqa bersama atau membeli-belah beramai-ramai. Lagipun bukankah persahabatan sejati, harus saling menghargai kebebasan setiap individu.

p/s tapi awas.. kalau kita menyakitkan hati seseorang takut² nanti kena santau or ilmu hitam pula.. bak kata orang sabah kena pugai... boleh melekat lebih kuat dari gam gajah (superglue)..

♂ Kalau Suka Like Facebook Fan Page Saya k..
Digg Google Bookmarks reddit Mixx StumbleUpon Technorati Yahoo! Buzz DesignFloat Delicious BlinkList Furl

0 Komen HOT: on "Cara Menolak Cinta Paling Power And Cool"

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...