Latest Posts

Wednesday 29 August 2012

Ragut Wanita Ditetak Hampir Putus Tangan

Ragut Wanita Ditetak Hampir Putus Tangan. Seorang pembantu klinik swasta hampir putus pergelangan tangan kirinya selepas ditetak salah seorang daripada dua peragut di hadapan sebuah pusat jualan tudung di Jalan Sultanah Zaina Kota Bahru.Rohani Abdullah berseorangan ketika kejadian itu, dimana dia sedang berjalan kaki seorang diri di hadapan pusat jualan berkenaan untuk ke tempat letak keretanya, yang tidak jauh dari situ.
 Gambar Wanita Ditetak Hampir Putus Tangan Kes Ragut
Ragut: Wanita ditetak hampir putus tanga 
Ketika melalui jalan tersebut, dua peragut menghampiri mangsa dan berlaku pergelutan sehingga menyebabkan salah seorang dari peragut tersebut bertindak menetak mangsa menggunakan objek tajam. Janganlah berjalan sendirian. Pastikan tempat meletak kenderaan anda sentiasa berada di tempat yang mempunyai ramai orang. Sekurang-kurangnya sekiranya ada sesuatu yang buruk berlaku kepada anda, masih ada mata yang menjadi saksi.

SabahanCrew : Jangan Lupa Like Facebook Page Dan Tinggalkan komen TQ
read more...

Ayam Berkaki Empat

Ayam Berkaki Empat. Memang pelik tapi benar, di tumpat Seorang suri rumah nyaris memasak kari ayam berkaki empat apabila dia terbeli ayam yang mempunyai empat kaki. Didapati dua daripada kakinya tumbuh di bahagian punggung ayam tersebut. Hasnah Yahya, 48, berkata, dia membeli ayam itu di sebuah gerai menjual ayam di Chabang Tiga Berangan di sini, untuk dijadikan kuah roti jala pada hari raya kedua lalu. “Saya ke gerai ayam itu membeli dua ekor ayam untuk dijamu kepada sanak saudara. Masa membeli ayam ini memang saya tidak perasan ia mempunyai empat kaki.”
 
“Mungkin masa itu ramai pelanggan, beratur panjang juga saya untuk mendapatkan dua ekor ayam ini, cuma seekor sahaja yang berkaki empat,” katanya. Bagaimana pun Hasnah berkata, dia menyedarinya selepas menyediakan rempah di dapur untuk memasak kari ayam dan ketika menyiang ayam terbabit dia terpegang kaki ayam itu. “Terkejut saya seketika dengan penemuan pelik ini kerana seumur hidup saya ini pertama kali saya melihat ayam berkaki empat. Tetapi sayang ia sudah disembelih, kalau tidak mungkin ayam ini akan dipelihara,” katanya.

Menurutnya, walaupun sebelah kaki ayam itu terpotong, dia tidak meneruskan hasratnya untuk memasak kari ayam pada hari tersebut. “Saya batalkan niat untuk memasak kari ayam berkaki empat ini kerana khuatir tidak berselera untuk menjamah. “Ayam pelik ini seberat dua kilogram yang dibeli dengan harga RM10 diberikan kepada saudaranya dan sehingga kini masih disimpan di dalam peti sejuk,” katanya.

Adakah ayam ini ayam jelmaan atau ayam cacat? Admin pada mulanya tidak percaya adanya ayam berkaki empat ini namun apabila melihat gambar ayam berkaki empat ini, admin terkejut besar.

-Sumber Blog Nasihangit
SabahanCrew : Jangan Lupa Like Facebook Page Dan Tinggalkan Komen TQ
read more...

Gaji Minimum Rm4000 Sebulan

Gaji Minimum Rm4000 Sebulan. Terbeliak mata admin melihat video ini di youtube dimana gaji minimum sebanyak RM4k Sebulan. Pada info dibawah video ini di laman youtube mengatakan bahawa Gaji RM4000 sebulan ini adalah janji pakatan pembangkang untuk menyeleraskan gaji minimum sebanyak RM 4,000 sekiranya mereka berjaya menguasai kerajaan. admin sendiri tidak tahu kesahihan cerita ini, ianya cuma satu perkongsian info.

 
 
Walau apa pun party yang kita sokong, itu terpulang kepada kita sendiri. Undi itu adalah Rahsia. So, kepada semua warga sabah khususnya, nasib sabah terletak di tangan kita semua. Fikir sebelum mengundi kerana setiap undian kita akan menentukan bukan saja nasib dan masa depan sabah malahan untuk generasi kita yang akan datang. Sekali lagi admin ingatkan fikir dulu sebelum mengundi. OK..
SabahanCrew : Jangan Lupa Like Facebook Page Dan Tinggalkan Komen TQ
read more...

Gambar Anak Lan A To Z

Gambar Anak Lan A To Z. Bila melihatkan gambar anak Lan A To Z,memang sangat comel. Tahniah admin ucapkan kepada Lan dan isterinya atas kelahiran baru ini. Bertambah lagi seorang muslim di dunia ini.Lan A To Z dikhurniakan anak lelaki tetapi belum ada info tentang siapakah Nama anak Lan A To Z ini. Sesiapa yang ada info boleh kongsikan di ruangan komen di bawah sebagai info bersama.

anak lan to z 

 
Tahniah buat Lan A To Z dan isteri dengan kelahiran bayi ini. Semoga jodoh berpanjangan selamanya.
Kredit Foto To Beautifulnara
SabahanCrew : Jangan Lupa Like Facebook Page Dan Tinggalkan Komen TQ
read more...

Wanita Berumur 107 Tahun Masih Perawan

Wanita Berumur 107 Tahun Masih Perawan. Adakah ini yang dinamakan sebagai anak dara tua? Wanita Berumur 107 Tahun Mengaku masih dara walaupun dalam usia yang sebegitu. Wanita ini bernama Clara Meadmore berasal dari England mengatakan dia tidak perlah melakukan hubungan sex.


Apabila ditanya bagaimana dia mengekalkan daranya sehingga usia sebegitu, beliau memaklumkan bahawa dia tidak terlalu sibuk dan percaya bahawa sex cuma menganggu kehidupannya.Menurutnya lagi,semasa usia remajanya pada 1920an-30an sex hanya untuk wanita yang sudah berkahwin dan dia tidak berkeinginan untuk berkahwin.

"Orang pernah bertanya sama ada saya homoseks dan jawapannya adalah tidak," kata Clara.
"Saya mempunyai ramai kenalan lelaki tetapi tidak berminat dengan seks atau perkahwinan," tambahnya. - Agensi

Ada sesiapa yang berminat?

SabahanCrew : Jangan Lupa Like Facebook Page Dan Tinggalkan Komen Tq
read more...

Tuesday 28 August 2012

Seorang Pelajar Jurusan Kejuruteraan Awam Universiti Malaysia Sabah (UMS) Maut Kemalangan

Seorang pelajar jurusan Kejuruteraan Awam Universiti Malaysia Sabah (UMS) maut dalam kemalangan membabitkan sebuah motosikal di kilometer 18, jalan Keningau – Apin-Apin lebih kurang jam 4.30 petang pada Sabtu lepas.Mangsa dikenali Mohamad Shahrun Bin Samsudin 22, dalam pengajian semester tiga meninggal dunia semasa rawatan di Hospital Keningau akibat mengalami kecederaan teruk di bahagian dalaman perut.

Ketua Polis Daerah Keningau Deputi Supritendan Polis (DSP) Robert Salisip @ David berkata, semasa kejadian mangsa yang menunggang motosikal bersama pembonceng yang merupakan abang angkat mangsa dalam perjalanan dari Kg. Merampong menuju ke Kg. Kirokot Apin-Apin.Katanya, apabila sampai di tempat kejadian, simpang Kg. Kirokot motosikal yang ditunggang mangsa semasa membelok masuk simpang sebelah kanan Kg. Kirokot, tiba-tiba hilang kawalan lalu terbabas dan termasuk dalam parit sebelah kanan jalan.

Ketua Polis Daerah yang baru itu berkata, mangsa dan abang angkatnya yang mengalami cedera ringan dibawa ke Hospital Keningau rawatan.Katanya, keadaan cuaca ketika itu baik, tidak hujan, jalan berturap, jalan lurus, rata, jalan duahala dan terdapat simpang di sebelah kanan jalan.
Siasatan dijalankan dibawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) dan siasatan lanjut masih diteruskan.

Admin ucapkan Takziah kepada keluarga mangsa. Buat pembaca, Berhati-hati di jalan raya dan ingatlah orang yang tersayang. Jadikan ini sebagai pengajaran. -sumber

SabahanCrew : Jangan Lupa Like Facebook Page Dan Tinggalkan Komen TQ
read more...

Sabah pusat perkhidmatan spa terbaik dunia

Sabah pusat perkhidmatan spa terbaik dunia. Sabah berpotensi menjadi antara pembekal perkhidmatan spa terbaik dunia, kata Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah, Datuk Masidi Manjun.Membandingkannya dengan Bali, pembekal perkhidmatan spa utama dunia, beliau berkata, Sabah kaya dengan sumber alam semula jadi untuk pengeluaran produk spa serta dalam memberikan perkhidmatan rawatan spa.
 
"Menurut unjuran Pelancongan Malaysia, industri spa dijangka boleh menjana sehingga RM830 juta menjelang 2020.Melihat kepada potensi ini, peserta industri harus meningkatkan standard mereka untuk mencapai standard antarabangsa," katanya kepada pemberita selepas pembukaan Rafflesia Spa Essentials, sebuah cawangan jualan borong dan runcit barangan spa di Kota Kinabalu.

Masidi berkata, spa juga akan diberikan penarafan bintang untuk memberikan kredibiliti kepada spa dan meningkatkan keyakinan pelanggan.Sementara itu, pengarah Rafflesia Spa Eddie Abdullah berkata, syarikat berasaskan keluarga itu menjangka mengembangkan operasinya ke Sarawak dan Brunei.Beliau juga berkata, antara rancangan masa depan syarikat ialah untuk mengadakan pusat latihan untuk pengamal spa dan refleksologi. -sumber

SabahanCrew : Jangan Lupa Like Facebook Page Dan Tinggalkan Komen TQ
read more...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...