Sunday, 22 July 2012

28 premis penginapan salah guna nama ‘Homestay’ di Sabah kini disiasat

KOTA KINABALU: Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah kini menyiasat 28 premis penginapan pelancong yang menyalahgunakan nama ‘homestay’ atau inap desa.
Menterinya, Datuk Masidi Manjun, berkata tindakan itu diambil kerana penggunaan nama inap desa tersebut boleh mengelirukan pelancong sedangkan perkhidmatan yang ditawar tidak selaras dengan program inap desa.

“Pemilik premis terbabit diberi teguran dan penerangan berhubung maksud sebenar ‘homestay’ kerana program ini membabitkan komuniti setempat.
“Oleh itu, penggunaan perkataan ‘homestay’ oleh pemilik premis boleh memberikan gambaran yang mengelirukan pelancong,” katanya pada persidangan Dewan Undangan Negeri Sabah di sini, hari ini.
Beliau yang menjawab soalan Abdul Muis Picho (BN-Sebatik), berkata setakat ini sebanyak 17 program inap desa diwujudkan di Sabah membabitkan 25 kampung dengan 230 peserta yang menyediakan 438 bilik penginapan.

Dalam pada itu, katanya kerajaan persekutuan dan negeri meluluskan peruntukan sebanyak RM2.5 juta di bawah Rancangan Malaysia kesembilan (RMK9) bagi membantu menaik taraf serta menyediakan kemudahan pelancongan di kawasan ‘homestay’ dan RM795,000 di bawah RMK10.
“Syarat penyertaan dalam program ini bukan sahaja berdasarkan kepada adanya tarikan pelancong serta kemudahan asas di kampung berkenaan, tetapi atas kerelaan dan minat mereka yang bakal menyertainya,”katanya. – BERNAMA
Digg Google Bookmarks reddit Mixx StumbleUpon Technorati Yahoo! Buzz DesignFloat Delicious BlinkList Furl

0 Komen HOT: on "28 premis penginapan salah guna nama ‘Homestay’ di Sabah kini disiasat"

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...