Pusat tuisyen tersebut melukiskan 16 karakter sahabat nabi dalam bentuk kartun dengan watak berbeza dan bahan-bahan tersebut disediakan tenaga pengajarnya dikenali sebagai Mr. Fu. Antara karikatur yang keterlaluan ialah lukisan seorang sahabat nabi yang dilukis dengan wajah khinzir. Imej seorang lagi pula diletakkan gambar wanita dengan bahagian dadanya ditutup dengan tulisan Cina, selain ada yang dikelilingi tiga wanita
Keadaan seumpama ini boleh merosakkan imej orang islam serta merosakkan akidah pelajar yang bertuisyen di pusat tuisyen tersebut.Banyak lagi bahan yang boleh digunakan untuk tujuan pembelajran. Jangan sampai menyentuh sensetiviti sesebuah agama.
***UPDATE 1 Aug 2012
Guru Pusat Tuisyen Hina Sahabat Nabi Mohon Maaf
LIM LEE YEE (kiri) dan Chong Yong tampil meminta maaf kepada umat Islam sambil diperhatikan oleh Mohd. Noor di Johor Bahru semalam.
Sedangkan nabi ampunkan umat inikan kita manusia biasa. Lim Lee Yee dan Chong Yong telah tampil bersuara untuk meminta maaf atas kesilapan mereka berhubung Pusat tuisyen hina sahabat nabi. Diharap perkara seumpama ini tidak akan berulang. Saling hormat menghormati kan bagus..
0 Komen HOT: on "Pusat Tuisyen Hina Sahabat Nabi"
Post a Comment