Wednesday 17 August 2011

Pelajar parah diserang guna besi

Pelajar parah diserang guna besi


Sekarang mcm sudah jadi trend, tiap sekolah ada kumpulan tersendiri tidak kira di mana jua pasti ada Gangster ataupun Kaki pukul di sekolah. Adakah murid² ini terpengaruh oleh televisyen ataupun memang suka untuk tunjuk taiko. Susah untuk disimpulkan. Sekarang yang terbaru ialah pertempuran antara sekolah. Empat orang pelajar parah diserang menggunakan besi..

Benda keras tu memang dasyat kalau merembat, lain kali kalau nak gaduh sangat jangan serang guna besi guna buku boleh biar tambah dot dot dot...Memang Hot bila masuk surat khabar dan terkenal pula  hingga membawa nama buruk kepada sekolah. Baca keratan akhbar di bawah;

KUALA LUMPUR:Empat pelajar sekolah menengah parah selepas diserang lebih 30 pelajar sebuah sekolah menengah lain yang sebahagiannya bersenjatakan besi, cota dan topi keledar, semalam.

Kejadian berlaku ketika waktu pulang sekolah kira-kira jam 1.15 tengah hari di pekarangan sebuah sekolah di Bukit Nanas, di sini.Timbalan Ketua Siasatan Jenayah Operasi dan Risikan Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Khairi Arasa, berkata kejadian dipercayai berpunca daripada rasa tidak puas hati antara dua kumpulan pelajar terbabit.
“Empat pelajar yang cedera itu berusia 17 tahun. Seorang cedera di kepala, seorang retak tangan kanan manakala dua lagi cedera di beberapa anggota badan.“Mereka dibawa ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk menerima rawatan dan kini dilaporkan stabil,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Sumber : Hmetro
Sabahancrew : pergi sekolah untuk jadi pandai bukan untuk jadi taiko..
Digg Google Bookmarks reddit Mixx StumbleUpon Technorati Yahoo! Buzz DesignFloat Delicious BlinkList Furl

0 Komen HOT: on "Pelajar parah diserang guna besi"

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...