Ragut Wanita Ditetak Hampir Putus Tangan. Seorang pembantu klinik swasta hampir putus pergelangan tangan kirinya selepas ditetak salah seorang daripada dua peragut di hadapan sebuah pusat jualan tudung di Jalan Sultanah Zaina Kota Bahru.Rohani Abdullah berseorangan ketika kejadian itu, dimana dia sedang berjalan kaki seorang diri di hadapan pusat jualan berkenaan untuk ke tempat letak keretanya, yang tidak jauh dari situ.
Gambar Wanita Ditetak Hampir Putus Tangan Kes Ragut
Ketika melalui jalan tersebut, dua peragut menghampiri mangsa dan berlaku pergelutan sehingga menyebabkan salah seorang dari peragut tersebut bertindak menetak mangsa menggunakan objek tajam. Janganlah berjalan sendirian. Pastikan tempat meletak kenderaan anda sentiasa berada di tempat yang mempunyai ramai orang. Sekurang-kurangnya sekiranya ada sesuatu yang buruk berlaku kepada anda, masih ada mata yang menjadi saksi.
SabahanCrew : Jangan Lupa Like Facebook Page Dan Tinggalkan komen TQ
Ayam Berkaki Empat. Memang pelik tapi benar, di tumpat Seorang suri rumah nyaris memasak kari ayam berkaki empat apabila dia terbeli ayam yang mempunyai empat kaki. Didapati dua daripada kakinya tumbuh di bahagian punggung ayam tersebut. Hasnah Yahya, 48, berkata, dia membeli ayam itu di sebuah gerai menjual ayam di Chabang Tiga Berangan di sini, untuk dijadikan kuah roti jala pada hari raya kedua lalu. “Saya ke gerai ayam itu membeli dua ekor ayam untuk dijamu kepada sanak saudara. Masa membeli ayam ini memang saya tidak perasan ia mempunyai empat kaki.”
“Mungkin masa itu ramai pelanggan, beratur panjang juga saya untuk mendapatkan dua ekor ayam ini, cuma seekor sahaja yang berkaki empat,” katanya. Bagaimana pun Hasnah berkata, dia menyedarinya selepas menyediakan rempah di dapur untuk memasak kari ayam dan ketika menyiang ayam terbabit dia terpegang kaki ayam itu. “Terkejut saya seketika dengan penemuan pelik ini kerana seumur hidup saya ini pertama kali saya melihat ayam berkaki empat. Tetapi sayang ia sudah disembelih, kalau tidak mungkin ayam ini akan dipelihara,” katanya.
Menurutnya, walaupun sebelah kaki ayam itu terpotong, dia tidak meneruskan hasratnya untuk memasak kari ayam pada hari tersebut. “Saya batalkan niat untuk memasak kari ayam berkaki empat ini kerana khuatir tidak berselera untuk menjamah. “Ayam pelik ini seberat dua kilogram yang dibeli dengan harga RM10 diberikan kepada saudaranya dan sehingga kini masih disimpan di dalam peti sejuk,” katanya.
Adakah ayam ini ayam jelmaan atau ayam cacat? Admin pada mulanya tidak percaya adanya ayam berkaki empat ini namun apabila melihat gambar ayam berkaki empat ini, admin terkejut besar.
-Sumber Blog Nasihangit SabahanCrew : Jangan Lupa Like Facebook Page Dan Tinggalkan Komen TQ
Gaji Minimum Rm4000 Sebulan. Terbeliak mata admin melihat video ini di youtube dimana gaji minimum sebanyak RM4k Sebulan. Pada info dibawah video ini di laman youtube mengatakan bahawa Gaji RM4000 sebulan ini adalah janji pakatan pembangkang untuk menyeleraskan gaji minimum sebanyak RM 4,000 sekiranya mereka berjaya menguasai kerajaan. admin sendiri tidak tahu kesahihan cerita ini, ianya cuma satu perkongsian info.
Walau apa pun party yang kita sokong, itu terpulang kepada kita sendiri. Undi itu adalah Rahsia. So, kepada semua warga sabah khususnya, nasib sabah terletak di tangan kita semua. Fikir sebelum mengundi kerana setiap undian kita akan menentukan bukan saja nasib dan masa depan sabah malahan untuk generasi kita yang akan datang. Sekali lagi admin ingatkan fikir dulu sebelum mengundi. OK..
SabahanCrew : Jangan Lupa Like Facebook Page Dan Tinggalkan Komen TQ
Gambar Anak Lan A To Z. Bila melihatkan gambar anak Lan A To Z,memang sangat comel. Tahniah admin ucapkan kepada Lan dan isterinya atas kelahiran baru ini. Bertambah lagi seorang muslim di dunia ini.Lan A To Z dikhurniakan anak lelaki tetapi belum ada info tentang siapakah Nama anak Lan A To Z ini. Sesiapa yang ada info boleh kongsikan di ruangan komen di bawah sebagai info bersama.
Tahniah buat Lan A To Z dan isteri dengan kelahiran bayi ini. Semoga jodoh berpanjangan selamanya.
Wanita Berumur 107 Tahun Masih Perawan. Adakah ini yang dinamakan sebagai anak dara tua? Wanita Berumur 107 Tahun Mengaku masih dara walaupun dalam usia yang sebegitu. Wanita ini bernama Clara Meadmore berasal dari England mengatakan dia tidak perlah melakukan hubungan sex.
Apabila ditanya bagaimana dia mengekalkan daranya sehingga usia sebegitu, beliau memaklumkan bahawa dia tidak terlalu sibuk dan percaya bahawa sex cuma menganggu kehidupannya.Menurutnya lagi,semasa usia remajanya pada 1920an-30an sex hanya untuk wanita yang sudah berkahwin dan dia tidak berkeinginan untuk berkahwin.
"Orang pernah bertanya sama ada saya homoseks dan jawapannya adalah tidak," kata Clara.
"Saya mempunyai ramai kenalan lelaki tetapi tidak berminat dengan seks atau perkahwinan," tambahnya. - Agensi
Ada sesiapa yang berminat?
SabahanCrew : Jangan Lupa Like Facebook Page Dan Tinggalkan Komen Tq
Seorang pelajar jurusan Kejuruteraan Awam Universiti Malaysia Sabah (UMS) maut dalam kemalangan membabitkan sebuah motosikal di kilometer 18, jalan Keningau – Apin-Apin lebih kurang jam 4.30 petang pada Sabtu lepas.Mangsa dikenali Mohamad Shahrun Bin Samsudin 22, dalam pengajian semester tiga meninggal dunia semasa rawatan di Hospital Keningau akibat mengalami kecederaan teruk di bahagian dalaman perut.
Ketua Polis Daerah Keningau Deputi Supritendan Polis (DSP) Robert Salisip @ David berkata, semasa kejadian mangsa yang menunggang motosikal bersama pembonceng yang merupakan abang angkat mangsa dalam perjalanan dari Kg. Merampong menuju ke Kg. Kirokot Apin-Apin.Katanya, apabila sampai di tempat kejadian, simpang Kg. Kirokot motosikal yang ditunggang mangsa semasa membelok masuk simpang sebelah kanan Kg. Kirokot, tiba-tiba hilang kawalan lalu terbabas dan termasuk dalam parit sebelah kanan jalan.
Ketua Polis Daerah yang baru itu berkata, mangsa dan abang angkatnya yang mengalami cedera ringan dibawa ke Hospital Keningau rawatan.Katanya, keadaan cuaca ketika itu baik, tidak hujan, jalan berturap, jalan lurus, rata, jalan duahala dan terdapat simpang di sebelah kanan jalan.
Siasatan dijalankan dibawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) dan siasatan lanjut masih diteruskan.
Admin ucapkan Takziah kepada keluarga mangsa. Buat pembaca, Berhati-hati di jalan raya dan ingatlah orang yang tersayang. Jadikan ini sebagai pengajaran. -sumber
SabahanCrew : Jangan Lupa Like Facebook Page Dan Tinggalkan Komen TQ
Sabah pusat perkhidmatan spa terbaik dunia. Sabah berpotensi menjadi antara pembekal perkhidmatan spa terbaik dunia, kata Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah, Datuk Masidi Manjun.Membandingkannya dengan Bali, pembekal perkhidmatan spa utama dunia, beliau berkata, Sabah kaya dengan sumber alam semula jadi untuk pengeluaran produk spa serta dalam memberikan perkhidmatan rawatan spa.
"Menurut unjuran Pelancongan Malaysia, industri spa dijangka boleh menjana sehingga RM830 juta menjelang 2020.Melihat kepada potensi ini, peserta industri harus meningkatkan standard mereka untuk mencapai standard antarabangsa," katanya kepada pemberita selepas pembukaan Rafflesia Spa Essentials, sebuah cawangan jualan borong dan runcit barangan spa di Kota Kinabalu.
Masidi berkata, spa juga akan diberikan penarafan bintang untuk memberikan kredibiliti kepada spa dan meningkatkan keyakinan pelanggan.Sementara itu, pengarah Rafflesia Spa Eddie Abdullah berkata, syarikat berasaskan keluarga itu menjangka mengembangkan operasinya ke Sarawak dan Brunei.Beliau juga berkata, antara rancangan masa depan syarikat ialah untuk mengadakan pusat latihan untuk pengamal spa dan refleksologi. -sumber
SabahanCrew : Jangan Lupa Like Facebook Page Dan Tinggalkan Komen TQ
Disaman Kerana Bising Ketika Berasmara. Macam-macam hal. Di london,Sepasang kekasih dari Adelaide, Australia, didakwa mengganggu ketenteraman awam kerana kerap membuat bising, terutama ketika berasmara hingga menimbulkan kemarahan jirannya.
Kediaman Jessica Angel, 34, dan Colin MacKenzie, 45, pernah didatangi polis sebanyak 20 kali dalam tempoh empat bulan selepas menerima laporan dari jirannya dan mereka juga pernah didenda 3,000 pound (RM14,410) mengikut Akta Pelindungan Ketenteraman Awam.
MacKenzie berkata, kekasihnya kerap memintanya melakukan hubungan seks empat hingga ke tujuh jam, lima kali dalam seminggu.Menurut ketua polis daerah, Trevor Lovegrove, pasangan itu pernah diarah supaya tidak mengulangi kesalahan itu bagi tempoh 72 jam, tetapi tetap mengulangi kesalahan itu dua hari kemudian.
“Mereka menjerit, mengerang dan ketawa sekuat hati sehingga pihak kami terpaksa menahan mereka kerana mendapat laporan awam,” katanya.
SabahanCrew : Jangan Lupa Like Facebook Page Dan Tinggalkan Komen TQ
Bas Terpanjang Di Dunia. Jerman bakal memperkenalkan bas awam terpanjang di dunia, Autotram Extra Grand 98 kaki (32.6 meter) panjang dan mampu memuatkan 256 penumpang pada satu-satu masa.Ia akan digunakan mulai Oktober ini selepas tamat ujian keselamatan.Bas tersebut yang digambarkan sebagai ‘kereta api beroda’ itu diperkenalkan buat pertama kali di bandar Dresden, dijangka dapat memenuhi keperluan sistem pengangkutan awam negara itu.
Rekaan kenderaan yang mempunyai tiga bahagian badan itu mendapat sentuhan hasil kerjasama seorang pereka, Fraunhofer IVI dan Universiti Teknikal Dresden tidak memerlukan sebarang latihan khas untuk pemandu.Laporan Y! Tech menyebut bahawa kenderaan terbabit turut dikatakan mudah dikendalikan seperti bas biasa dan mengaplikasikan penggunaan sistem komputer Autotram Extra Grand untuk membantu pemandu membelok.
Tujuan utama sistem tersebut digunakan bagi memastikan bahagian belakang bas mengikut tepat bahagian depan dan tengah bas pada setiap masa.Sebagai tambahan, sistem pengangkutan canggih ini turut menggabungkan teknologi hijau dalam pengendalian enjinnya yang menggunakan gas bagi menggantikan petrol dan enjin elektrik hibrid yang boleh bergerak sejauh lima kilometer atas kuasa bateri.
Perekanya turut mengakui bahawa mereka telah menerima pertanyaan dari bandar-bandar lain di seluruh dunia bagi mendapatkan versi bas mereka sendiri kerana ia pembinaan bas gergasi itu dilihat mampu menjimatkan kos operasi. Selain itu, bas gergasi itu juga dilihat bergerak di atas jalan raya yang mempunyai pengguna yang ramai berbanding di sistem rel komuter. Rupa bas ni macam bas Tung Ma 3 Buah Bersambung haha..
SabahanCrew : Jangan Lupa Like Facebook Page Dan Tinggalkan Komen TQ
Peneroka Akan Menerima Rm400. Berita baik kepada semua peneroka dimana mereka akan mendapat Rm400 yang mana Felda Global Ventures akan membayar dividen interim 5.5 sen seunit.Kepada peneroka di luar sana boleh lah mengguakan wang tersebut sebagai wang tambahan untuk membeli keperluan rumah dan sebagainya.
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sebentar tadi mengumumkan Felda Global Ventures akan membayar dividen interim 5.5 sen seunit, dengan semua peneroka masing-masing menerima RM400.-sumber
SabahanCrew : Jangan Lupa Like Facebook Page Dan Tinggalkan komen TQ
Nama Anak Que Haidar Cleopatra Tidak Berkaitan Dengan Nama Ratu Firaun. Memang sibuk sesak dan overload media sekarang ini memperkatakan tentang anak Perempuan Que Haidar bersama Linda Jasmine. Ada yang mempertikaikan nama anak Que Haidar kerana menurut mereka ianya sama sama dengan salah seorang Ratu Firaun. Namun demikian Que Haidar mengatakan bahawa sangkaan itu tidak benar sama sekali kerana menurut Que, nama tersebut telah dipilih daripada bahasa Greek yang menggambarkan seorang wanita cekal dan berkepimpinan tinggi
Gambar Anak Que Haidar Comel
Pemilihan nama Cleopatra telah dilakukan oleh Que dengan persetujuan daripada isterinya sendiri. Bagi Que, apa yang penting ialah didikan yang diberikan mampu menjadikan anaknya mempunyai pegangan agama yang kuat.
"Saya sendiri yang iqamatkan anak-anak saya dan mereka adalah seorang Islam. Apa yang lebih penting bagaimana anak-anak saya dibesarkan dan bukannya pada nama"Kata Que Haidar
SabahanCrew : Jangan Lupa Like Facebook Page Dan Tinggalkan Komen TQ
SchoolTrac Cip Cegah Pelajar Ponteng. Berita baik bagi semua ibu bapa penjaga kerana SchoolTrac kesan pergerakan pelajar.Sekolah dan ibu bapa kini tidak perlu bimbang pelajar ponteng sekolah jika menggunakan produk Schooltrac yang akan mengirim maklumat pergerakan murid dan anak mereka menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) atau e-mel.
Menerusi sistem itu, murid akan dibekalkan dengan kad pelajar SchoolTrac menggunakan frekuensi radio yang mampu mengesan pergerakan keluar masuk murid melalui pagar sekolah ketika waktu persekolahan.
Sistem dalam talian
Kad Schooltrac mengandungi cip dan disambungkan serta dipantau terus ke pusat data sekolah untuk memaklumkan guru dan penjaga mengenai status kehadiran pelajar menerusi emel atau SMS.Produk itu diperkenalkan di negara ini oleh sebuah syarikat teknologi maklumat (IT) tempatan, ABRA Corp Sdn Bhd yang menggunakan sistem dalam talian. Ia dapat memantau status kehadiran pelajar,selain merekodkan kehadiran pelajar di sekolah.
Pengarah Projek ABRA Corp, Mohd Shahril Mahmud, berkata ibu bapa akan menerima SMS atau e-mel daripada pusat data setiap kali pelajar memasuki atau keluar dari sekolah pada masa sebenar dalam tempoh satu atau dua saat. Katanya, ibu bapa hanya perlu membayar yuran bulanan RM10 bagi mendapatkan perkhidmatan itu di sekolah yang melanggan aplikasi berkenaan. Setakat ini, 20 sekolah sekitar Lembah Klang bekerjasama dengan ABRA Corp untuk menggunakan peranti SchoolTrac.
“SchoolTrac juga alat yang boleh mengurangkan penggunaan kertas kerana semua maklumat kehadiran dicatatkan secara automatik dalam komputer menerusi pancaran sistem produk berkenaan.Ia menggunakan teknologi Korea tetapi penyelidikan dan pembangunan (R&D) dilaksanakan di Malaysia oleh ABRA Corp sendiri,” katanya.
Mohd Shahril berkata, pada masa ini pihaknya sedang berunding dengan Kementerian Pelajaran untuk menggunakan SchoolTrac di semua sekolah di seluruh negara. “Kami mengharapkan SchoolTrac akan terus berkembang menerusi kerjasama dengan kementerian,” katanya.
ABRA Corp menetapkan sasaran langganan di sebanyak 200 sekolah di Lembah Klang dalam tempoh setahun.-sumber
SabahanCrew : Jangan Lupa Like Facebook Page Dan Tinggalkan Komen TQ
Ngeri Hiris Badan Dengan Pisau. Kepada orang yang lemh semangat jangan teruskan view post ini.Admin menjumpai gambar ini secara tidak sengaja. Menurut sumber, pergaduhan terjadi antara dua orang pemuda ini dimana tempat dan punca kejadian tidak dinyatakan. Apabila memerhati gambar kedua-dua tubuh badan lelaki ini parah dihiris dengan pisau. Memang cukup mengerikan memotong badan manusia seperti menghiris bawang. Adoiyaii...
Semua masalah boleh diselesaikan tanpa melalui pertumpahan darah. Bulih runding apa?
SabahanCrew : Jangan Lupa Like Facebook Page Dan Tinggalkan Komen TQ
Lelaki Makan daging Kucing Masak Kari. Adakah sudah tiada lagi daging yang boleh dimakan di dunia ini sehingga seorang lelaki myanmar memakan daging kucing dan menurut kenyataan beliau daging kucing ini sedap bila masak kari? Uwekkk... Bagi lelaki myanmar yang dikenali sebagai jimmy ini, memakan daging kucing itu sudah menjadi kebiasaan baginya.
Menurut wartawan sinar harian yang sempat berkunjung ke rumah orang yang memakan daging kucing ini, lelaki tersebut mengatakan bahawa daging kucing ini sedap bila dimasak kari dan dicampurkan sedikit cili.Kucing menjadi makanan biasa oleh penduduk kampungnya di Yangon, sama seperti arnab, anjing dan kura-kura.
“Jika di kampung saya, kucing menjadi lauk kebiasaan. Malah dagingnya selalu dimasak menjadi hidangan lazat di dalam majlis keraian. Kami akan berkumpul beramai-ramai dan menikmati daging kucing,” ujarnya sambil menyifatkan bukanlah perasaan pelik ketika memakan daging kucing.
Pesan admin kucing untuk dipelihara bukan untuk dimakan.Carilah makanan lain selain Daging kucing. Banyak lagi yang boleh dimakan ok..
SabahanCrew : Jangan Lupa Like Facebook Page Dan Tinggalkan Komen TQ
Ibu Makan Anak Sendiri. Seorang ibu makan anak sendiri dengan mengerat anaknya semasa suaminya tiada di rumah.Berita ibu makan anak sendiri ini merupakan seorang wanita di daerah Mae Ai china didakwa membunuh dan mengerat tubuh dua anaknya semasa suaminya tiada di rumah.
Polis memaklumkan mereka menerima laporan berhubung perbuatan kejam yang sanggup dilakukan oleh seorang ibu terhadap dua anak lelakinya berumur setahun dan lima tahun itu pada minggu lalu.
Menurut jurucakap pihak berkuasa, mereka turut menemui beberapa anggota tubuh dipercayai milik kedua anaknya berhampiran suspek yang sedang nyenyak tidur di rumahnya.
“Wanita itu tidak memberi kerjasama semasa disoal siasat polis. Hasil siasatan terhadap latar belakang suspek menunjukkan dia pernah dirawat kerana mengalami masalah mental pada 2007.
Pihak hospital juga mengesahkan semasa insiden itu, suspek mungkin mengalami halusinasi,” jelas jurucakap polis tersebut lagi.Sementara itu, suami kepada wanita itu menyatakan isterinya berhenti mengambil ubat sejak dua bulan lalu.Dalam satu kenyataan, pihak berkuasa juga menolak khabar angin tersebar di dalam laman media sosial yang mendakwa wanita itu memakan anaknya sendiri kerana tiada bukti menunjukkan dia melakukan perbuatan tersebut.Suspek kini dihantar ke Hospital Suan Prung untuk mendapatkan rawatan.
Seorang ibu tidak mungkin melakukan hal sedemikian dalam keadaan yang waras. Sedangkan binatang sayangkan anaknya inikan pula manusia kan kan kan..
SabahanCrew : Jangan Lupa Like Facebook Page Dan Tinggalkan Komen TQ
Bunuh Diri Di Centerpoint Sabah. Gambar orang terjun dari bangunan centerpoint sabah. menurut sumber gambar tersebut menunjukkan seorang lelaki terjun dari bangunan centrepoint sabah. Gambar ini diambil dari laman facebook. Apa yang pasti melalui gambar orang terjun dari centrepoint sabah ini adalah gambar seorang lelaki. Admin sendiri tidak pasti apakah punca lelaki ini bunuh diri namun mayatnya dijumpai berhampiran laluan kereta centerpoint sabah.
Orang ramai melihat kejadian orang bunuh diri di centre point sabah disebalik pagar besi tersebut. Kelihatan pihak polis dan Ambulans berkerjasama menangani kes itu. Sesiapa yang mempunyai info boleh kongsi bah kan. hehe..
SabahanCrew : Jangan Lupa Like Facebook Page Dan Tinggalkan Komen TQ
Lukisan 3D Pada tangan Yang Menakjubkan. Lukisan 3d pada tubuh yang menakjubkan tidak kira lukisan 3g pada tangan mahupun seluruh anggota tubuh badan. Lukisan ini dihasilkan oleh seorang peajar jepun Chooo-san. Dia mempunyai bakat semulajadi dalam seni lukisan dan tidak perlukan photoshop. lol. Di bawah merupakan Gambar hasil karya beliau
Memang menakjubkan. Admin berharap boleh melukis seperti dia haha.. Ibarat mengharap bulan jatuh ke riba.
SabahanCrew : Jangan Lupa Like Facebook Page Dan Tinggalkan Komen TQ
Kondom Pencegah Rogol. Benarkah ada kondom pencegah rogol auau pencegah pemerkosaan terhadap wanita? Admin seakan tidak percaya pada mulanya tapi bila melihat satu video di laman youtube baru admin sedar akan kelahiran dan kehadiran kondom pencegan rogol atau perkosa ini. Kondom ini dibuat oleh seorang doktor yang bernama Soneta Ehler dimana kondom pencegah paksaan seks atau rogol ini boleh menjerat kemaluan lelaki ketika memasuki vargina wanita.
Kondom anti rogol ini dinamakan Rape-Axe. Ianya dimasukan kedalam alat kemaluan wanita. Ketika seseorang perogol itu cuba memasukkan kemaluannya kedalam vargina wanita makan alat kelamin lelaki tersebut akan terjerat dan akan mendatangkan kesakitan.
Dengan adanya Rape-Axe ini makan akan berkuranganlah video 3gp seks yang boleh didownload di internet terutamanya yang berkisarkan tentang rogol terlampau di kalangan budak sekolah, remaja dan siapa sahaja. kepada lelaki jangan sesekali merogol kerana mangsa mungkin menggunaan Rape-Axe.
SabahanCrew : Jangan Lupa Like Facebook Page Dan Tinggalkan Komen TQ
Neil Amstrong Meninggal Dunia Akibat Sakit Jantung. Neil Amstrong orang pertama mendarat di bulan telah disahkan meninggal dunia oleh media Amerika Syarikat pada hari ini.Neil Amstrong meninggal dunia pada usia 82 tahun. Beliau menjalani pembedahan jantung awal bulan ini selepas doktor mendapati ada sekatan di pembuluh jantungnya.
Beliau dan rakan angkasawan yang menaiki Apollo 11, Buzz Aldrin mendarat di bulan pada 20 Julai 1969 yang mencatat satu sejarah hebat serta mendapat tontonan ratusan juta penduduk dunia. beliau Beliau terkenal dengan selepas jadi orang pertama yang jejakkan kaki di permukaan bulan.Walaupun beliau sudah tiada namun nama beliau tetap abadi dalam catatan sejarah sepanjang zaman. Sumbangan beliau dalam teori angkasa lepas dan graviti menjadi rujukan buat generasi muda akan datang.
SabahanCrew : Jangan Lupa Like Facebook Dan Tinggalkan Komen TQ
Perompak Bersenjata Kota Kinabalu Ditahan.Empat suspek tempatan yang dipercayai terbabit dalam beberapa siri rompakan bersenjata ditahan pada 17 Ogos lalu selepas polis berjaya mengesan mereka dalam kenderaan sewa.Ketua Polis Bandaraya, ACP Jauteh Dikun, berkata kesemua suspek dipercayai terbabit dalam lima kes rompakan bersenjata pada malam hari antara 13 hingga 15 Ogos di sekitar bandaraya, dan kedai yang beroperasi 24 jam adalah sasaran utama mereka.
Katanya, sepasukan pegawai polis berjaya mengesan geng berkenaan yang berumur antara 18 hingga 26 tahun di Tanjung Lipat pada kira-kira jam 1.40 pagi ketika berada dalam kereta Proton Wira yang disewa.Laporan pertama dibuat oleh pekerja kedai Pick n Pay, Lintas Plaza, selepas kedai berkenaan dirompak oleh tiga lelaki bersenjatakan parang dan pisau.
Empat kes yang sama kemudian dilaporkan pada dua hari berikutnya membabitkan dua kedai 7 Eleven di Kepayan Ridge dan Salut Centre, Sepanggar dan dua kedai Orange di Taman Chantek dan University Apartmen, Jalan Sulaman.
Menurut Jauteh, siasatan menunjukkan geng berkenaan merompak sejumlah RM6,000 wang tunai dan rokok, walau bagaimanapun pihak polis berjaya mendapatkan semula 15 kartun rokok yang dicuri.
“Siasatan kami juga menunjukan bahawa salah seorang daripada empat suspek berkenaan biasanya akan tinggal di dalam kereta manakala tiga yang lainnya akan merompak kedai menggunakan senjata.
“Hasil siasatan juga mendapati suspek menyewa kereta dan digunakan ketika merompak,” katanya.
Jauteh berkata, salah seorang suspek mempunyai dua rekod jenayah iaitu salahguna dadah dan kes pecah rumah manakala dua yang lainnya mempunyai rekod salahguna dadah. Kesemua suspek disahkan positif dadah ketika ditahan.Kes terbabit akan disiasat di bawah Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman sehingga 20 tahun dan boleh dikenakan sebatan.-sumber
SabahanCrew : Jangan Lupa Like Facebook Page Dan Tinggalkan Komen TQ
1Place Mall Bantu Pelajar Miskin Di Sabah. Tahniah dan terima kasih kepada one place mall yang mewujudkan Tabung Pendidikan One Place Mall di Putatan Tabung pendidikan tersebut telah dilancarkan dan dirasmikan oleh timbalan Ketua Menteri Datuk Yahya Hussin.Katanya, penglibatan lebih banyak syarikat swasta dalam bidang itu mampu membantu meningkatkan kesejahteraan rakyat, khususnya di kawasan syarikat berkenaan beroperasi.
Di majlis itu, Tabung Pendidikan One Place Mall memberikan bantuan RM100,000 kepada sepuluh sekolah sekitar Putatan dan Penampang untuk membantu para pelajar miskin dan cemerlang yang tidak berkemampuan meneruskan pelajaran kerana kekangan kewangan.
Sikit tak sikit banyak tak banyak tapi hakikatnya one place mall telah membantu dan atas keperihatinan syarikat tersebut admin sebagai editor blog serta wakil daripada pelajar yang bakal menerima dana tersebut admin dahului dengan ucapan ribuan terima kasih. Diharapkan ramai lagi syarikat swasta selepas ini yang tampil membantu.-sumber
SabahanCrew : Jangan Lupa Like Facebook Page Dan Tinggalkan Komen TQ
Rogol Adik Sendiri Kota Marudu. Akhbar SabahTimes hari ini melaporkan seorang lelaki berasal dari kota marudu sabah telah merogol adik kandung sendiri semasa adiknya sedang tidur nyenyak. Akibat perbuatan melampau lelaki yang tergamak merogol adiknya sendiri dia dikenakan tindakan undang-undang.Hakim Azreena Aziz juga mengarahkan lelaki berumur 27 tahun itu dikenakan sembilan sebatan selepas didapati bersalah atas kesemua dakwaan.
Bagi tuduhan pertama, lelaki berkenaan didapati bersalah merogol adiknya yang berusia 14 tahun di sebuah rumah tidak bernombor di Kota Marudu pada akhir Julai, kira-kira jam 11 malam.Dia didapati melakukan kesalahan yang sama pada 7 Ogos, kira-kira jam 11 malam di tempat yang sama.Bagi tuduhan terakhir, dia yang merupakan abang sulung a dalam keluarga mereka merogol mangsa sekali lagi pada 9 Ogos, kira-kira jam 11.30 malam di tempat yang sama.
Kesemua kesalahan adalah di bawah Seksyen 376 (3) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara tidak kurang lapan tahun dan tidak lebih 30 tahun, dan juga sebatan.Berdasarkan fakta, mangsa membuat laporan polis pada 12 Ogos yang menyatakan bahawa dia dirogol oleh abangnya ketika sedang tidur.Siasatan lanjut menunjukkan bahawa tertuduh merogol adiknya sebanyak tiga kali dan juga mengancam untuk mencederakan mangsa jika mengadukan perkara itu kepada sesiapa.
Fakta kes juga menunjukkan bahawa tertuduh menampar mangsa ketika cuba melawan.
Dalam rayuan, tertuduh yang tidak diwakili oleh mana-mana peguam, merayu kerana dia adalah penyara tunggal dalam keluarga mereka.Katanya, ibu bapa mereka sudah meninggal dunia dan dia terpaksa menjaga adik beradiknya.Dia juga memberitahu mahkamah bahawa dia hanya bekerja sebagai penoreh getah untuk menyara ahli keluarganya.Timbalan Prosekuter Awam, Chow Siang Kong, menyangkal rayuan tertuduh dan menggesa supaya mahkamah mengenakan hukuman setimpal memandangkan tertuduh melakukan kesalahan serius dan merogol adik kandungnya sendiri.
Beliau turut mengemukakan bahawa kejadian itu membabitkan keganasan dan ancaman, justeru pihak mahkamah juga perlu mengambil kira mengenai keadaan psikologi mangsa serta masa depannya.
Chow kemudiannya meminta supaya hukuman terus dilaksanakan kerana ia melibatkan tiga kejadian berasingan.
SabahanCrew : Jangan Lupa Like Facebook Page Dan Tinggalkan Komen TQ
Angin Kencang Melanda Kampung Gum-Gum Sandakan menyebabkan lebih kurang 30 bumbung rumah ranap terbang ditiup angin dalam masa kurang dari 4 minit.Menurut laporan The New SabahTimes angin kencang selama empat minit telah meranapkan 30 bumbung rumah termasuk jeti perbagai guna di perkam- pungan nelayan Kuala Gum-Gum 42km dari Bandar Sandakan pada petang Jumaat.
Menurut Saksi kejadian, Abdul Said (42), beliau yang pada ketika itu berada di laut berhampiran rumahnya tiba-tiba terdengan dentuman air laut yang naik tiba-tiba diikuti dengan ombak deras menuju ke pantai.
“Saya terkejut melihat ada angin berpusing datang dari arah laut menuju ke kawasan perkampungan, saya cepat-cepat berenang ke tepi dan berlindung di bawah rumah,” katanya.Menurut Abdul lagi, ombar itu walaupun tidak merbahaya tetapi angin kencang pantas menyambar bumbung rumah.
“Kesan angin itu menyebabkan sebanyak 30 bumbung rumah penduduk rosak teruk dan ada rumah yang hampir tumbang,” jelasnya.
Semantara itu, dalam kejadian berasingan di tempat yang sama seorang warga emas Siti Abdullah 86 tahun ditemui selamat dalam keadaan tidak bermaya kerana kesejukan selepas beliau terpisah dari rombongannya sebaik selesai mereka melakukan upacara tradisi turun-temurun penduduk di situ.
Dalam pejadian itu, Siti meminta turun dari kenderaan yang dinaikinya untuk membuang air kecil apabila dia tiba-tiba hilang dari tempat dia dipercayaai membuang air kecil.
Setelah ahli rombongannya hilang punca untuk mengesannya, mereka balik ke perkampungan untuk meminta pertolongan.Menceritakan kejadian itu, Zaini Setiausaha Umno kampung berkenaan berkata, pada saat rombongan selesai melakukan upacara tradisi mereka angin kencang yang mereka anggap adalah puting beliung kerana angin berpusar dari arah laut melanda kawasan perkampungan itu secara tiba-tiba hanya dalam masa empat minit.
Sebaik sahaja dimaklumkan mengenai kehilangan warga emas itu, sepasukan mencari telah dibentuk yang terdiri anggota Rela kampung itu dan, menghubungi pasukan Bomba dan Penyelamat dan JPAM untuk gerakan mengesan mangsa.Pada jam 7.00pm pasukan itu menemui mangsa terlantar di satu kawasan lapang dalam keadaan tidak bermaya dan kesejukan yang kemudiannya mangsa dikejarkan ke Hospital Sandakan dengan sebuah ambulan yang turut terlibat dalam misi mencari. Beliau dilaporkan stabil.
Kuala Gum-Gum didiami seramai 300 keluarga yang terdiri dari masyarakat Tidung yang majoritinya adalah nelayan pesisir pantai.
SabahanCrew : Jangan Lupa Like Facebook Page Dan Tinggalkan Komen TQ
Telefon ZTE Adnroid 4.1 Jelly Bean.Sambutan hebat terhadap produk gajet menyebabkan banyak firma daripada pelbagai negara cuba mengeluarkan jenama masing-masing bagi merebut pasaran yang besar ini. Satu daripadanya ialah ZTE Corporation (ZTE) yang baru-baru ini melancarkan telefon bimbit Android 4.1 (Jelly Bean) pertama di China dan mengembangkan lagi penguasaan ZTE sebagai pembekal perkakasan telekomunikasi dan peranti mudah alih global.
ZTE N880E
Skrin 4.0 INCI, WVGA, 480 X 800 TFT
OS: ANDROID 4.1.1
Pemproses: 1GHZ
Memori: 4GB + 512MB
Kamera: 3.2MP AF
Saiz: 119 x 61 x 10.4mm
Berat: 130g
Pelancaran telefon pintar, ZTE N880E menjadi versi telefon Google Jelly Bean dan Android 4.1 pertama yang dilancarkan di China dan yang ketiga di dunia. Menurut sumber, selepas ini semua telefon pintar keluaran ZTE akan menggunakan Android 4.1. telefon pintar ini mempunyai skrin sentuh 4.0 inci WVGA dengan pemprosesan 1GHz 7627A Qualcomm, memori 4GB dan kamera 3.2MP. Ia adalah rekaan ultra-nipis dengan hanya 10.4mm tebal.-bharian
SabahanCrew : Jangan Lupa Like Facebook Page Dan Tinggalkan Komen TQ
Doktor Palsu Mengaku Pakar Bedah.Seorang lelaki sanggup mendakwa dirinya sebagai doktor pakar bedah bagi meminta derma daripada orang ramai untuk membantu mangsa perang di beberapa buah negara.Lelaki berusia 26 tahun itu dikatakan mendapat pendidikan di Sekolah Perubatan dan Pergigian King’s College London, Pusat Sains Kesihatan, Universiti Peking dan Royal College of Surgeons of England sebelum menjadi doktor bedah trauma dan bertugas dalam kawasan yang diancam peperangan.
Dia kemudiannya menulis sebuah buku autobiografi yang menceritakan pengalamannya ketika berkhidmat di Haiti, Libya, Nicaragua, Somalia, Afghanistan dan beberapa negara lain.Buku yang berharga RM50 itu berjaya meraih simpati orang ramai untuk menderma bagi membeli ubat kepada mangsa peperangan dan bencana alam melalui akaun peribadinya.
Ketua Biro Pengaduan Awam MCA, Datuk Seri Michael Chong berkata, hasil laporan tersebut, dia bersama empat peguam menjalankan penyelidikan ke atas buku dan lelaki yang mendakwa dirinya doktor pakar bedah.Menurutnya, nama lelaki tersebut didapati tidak diiktiraf sebagai doktor oleh Persatuan Perubatan Malaysia.
“Untuk menjadi seorang pakar memerlukan masa lebih kurang lapan hingga 10 tahun tetapi mustahil bagi pemuda ini untuk bergelar pakar dalam usia muda,” katanya pada sidang media di Bangunan MCA, Ampang, di sini, semalam.
Chong berkata, selepas mendapati kegiatannya disedari, lelaki tersebut memohon maaf melalui akaun Facebooknya pada 14 Ogos lalu dan akan memulangkan RM38,099 sumbangan yang telah diberikan kepadanya.
Menurut Chong, pihaknya mendapati, doktor palsu tersebut telah menerima RM48,792 sumbangan di Melaka yang terimanya pada April lalu. “Jumlah ini bertentangan dengan yang diberitahunya sebelum ini, dan mahu polis menyiasat kes ini kerana menipu,” katanya.
Beliau berkata, empat laporan melibatkan penipuan doktor bedah palsu tersebut telah dibuat di Balai Polis Dang Wangi pada Jumaat lalu, bagi tindakan selanjutnya. Chong berkata, lelaki tersebut pernah mendapat liputan meluas daripada media tempatan kerana menjadi pakar bedah termuda dan menghulurkan kepakarannya di negara yang bergolak dan dilanda bencana.
Video Doktor Palsu Mengaku Pakar Bedah
SabahanCrew : Jangan Lupa Like Facebook Page Dan Tinggalkan Komen TQ
Temuduga Jadi Calon Isteri Lelaki Kaya Di Beijing. Untuk menjadi calon isteri bagi lelaki kaya di beijing perlu lulus temuduga. Sejumlah wanita muda di China yang bergaya dengan pelbagai fesyen dan kasut duduk di atas bangku dan memegang dokumen mengandungi maklumat tentang berat badan serta ketinggian mereka.
Mereka merupakan sebahagian daripada lebih 1,000 wanita yang menghadiri proses tapisan kendalian para kakitangan Kelab Usahawan Bujang China di sini untuk menjadi 50 calon yang dibenarkan berkenalan dengan 32 lelaki kaya.Lelaki kaya itu mungkin bakal menjadi suami mereka.
Seorang peserta wanita menyatakan, dia sanggup menangis di dalam sebuah kereta BMW daripada duduk di tempat duduk belakang basikal.
Terdapat juga seorang lagi peserta wanita yang mahu meminta wang sebanyak AS$31,000 (RM96,069) sebagai syarat untuk berjabat tangan dengan seorang lelaki.Wanita-wanita itu perlu berumur 20 hingga 28 tahun, mempunyai ketinggian 165 sentimeter, cantik dan lemah lembut dan sekurang-kurangnya mempunyai pendidikan kolej.
Pada Ahad lalu, wanita-wanita itu dinilai oleh pihak pengendali temu duga seperti bagaimana mereka mengendalikan tekanan dan apakah yang mereka mahu daripada seorang lelaki.Kelab itu mengenakan syarat kepada para lelaki kaya yang mahu menyertai proses pencarian jodoh itu perlu mengesahkan kekayaan mereka dan membayar yuran sebanyak AS$31,000. – AFP
SabahanCrew : Jangan Lupa Like Facebook Page Dan Tinggalkan Komen TQ
Samsung Tiru Produk Apple Kena Saman. Akibat meniru produk Apple, Syarikat gergasi SAMSUNG harus membayar $1.05 billion gantirugi kepada Apple.Juri persekutuan di San Jose, California, memutuskan hari ini bahawa gergasi syarikat telefon pintar Korea Selatan, Samsung Electronic melanggar sekurang-kurangnya enam paten yang dipegang oleh saingan dan rakan perniagaan mereka sendiri, Apple Inc. Juri memutuskan bahawa Samsung perlu membayar sebanyak $1.05 billion gantirugi.
Juri sembilan anggota memutuskan bahawa Samsung telah melanggar paten produk Apple untuk produk iPhone dan iPad pada fungsi 'rubber-banding', fungsi 'tap-to-zoom', 'graphic user interface' dan reka bentuk beberapa produk Apple. Pencabulan ini telah dilakukan pada beberapa produk Samsung yang telah memasuki pasaran.
Keputusan ini dijangkakan boleh membawa kepada pengharaman langsung pada jualan beberapa produk utama Samsung dan mungkin akan mengukuhkan dominasi produk Apple di pasaran peranti mudah alih. Pihak Samsung menggelar keputusan tersebut "satu kerugian bagi pengguna Amerika."
Janji Johari Pain Atau Jet Raindy Kerat Kemaluan Kali Kedua.SELEPAS tewasnya juara treble 2007 dan 2008, Kedah pada aksi pertama kumpulan B Piala Malaysia kepada Juara Liga Premeir 2012, ATM 2-0 di laman sendiri kelmarin, seorang lelaki yang menggelar dirinya Jat Raindy sanggup memotong kemaluannya jika Kedah berjaya di dalam saingan Piala Malaysia.
Terdahulu, Jat telah menulis tentang kekecewaannya di laman sosial Facebook serta mendakwa skuad Kenari layak jatuh ke saingan Liga Perdana berdasarkan prestasi yang tidak konsisten yang ditunjukkan.Jat bagaikan mahu mengulangi fenomena yang dicetuskan Johari Pain di laman sosial Facebook sebelum ini yang sanggup memotong kemaluannya seandainya atlet terjun negara, Pandalela Rinong berjaya memperoleh pingat pada saingan temasya Olimpik 2012 di London baru-baru ini.
Johari membuat kenyataan itu beberapa jam sebelum Pandelela bersaing dalam peringkat akhir acara 10m Platform Wanita, namun selepas Pandalela berjaya memperoleh pingat gangsa pada acara kegemarannya, jelas Johari Pain tidak mengotakan janji bahkan memohon maaf kepada semua peminat sukan tanah air melalui Twitternya di atas keterlanjurannya.
Bagaimanapun, tindakan Johari yang jelas berhadapan dengan reaksi dan marah dan tersinggung rakyat Malaysia rupanya masih gagal diambil iktibar oleh Jat yang jelas telah menyinggung perasaan penyokong setia Hijau Kuning.Selepas teruk mengkritik Hijau Kuning di atas prestasi yang kurang kosisten, Jat turut menambah komennya, “okyh aq krat XXXX sampai kat XXXX un xpa..aq dok as..mai cr aq law kdah lyak..."
Jat yang menulis kenyataan tersebut di laman sosial Facebook Penyokong Setia Hijau Kuning sanggup memotong kemaluannya sekiranya pasukan tersebut mara sekurang-kurangnya sehingga ke peringkat suku akhir.Bagaimanapun, komen beliau dipadamkan admin laman tersebut.
Kemudian, kenyataan itu dimuatkan kembali oleh laman sosial Persatuan Bola Sepak Kedah dan mendapat reaksi kurang senang peminat pasukan Kedah.-sinarharian
SabahanCrew : Jangan Lupa Like Facebook Page Dan Tinggalkan Komen TQ
Gambar Orang Mabuk Lelaki Dan Perempuan. Gambar lelaki dan perempuan mabuk di bawah jelas menunjukkan bahawa meminum arak itu amalan syaitan. Gambar lelaki dan wanita mabuk tanpa sedarkan diri dan menjatuhkan maruah kehormatan diri. Golongan ini melakukan perkara yang tidak mungkin dilakukan oleh manusia normal. Kencing di merata tempat, Muntah, dan tidak menghiraukan keadaan diri walaupun dibogelkan sekalipun.
SabahanCrew : Jangan Lupa Like Facebook Page Dan Tinggalkan Komen TQ
Gambar Lelaki Bogel Mahu Mengangkat Teksi. Lelaki dalam keadaan bogel ini mahu menunjukkan kekuatannya di salah satu jalan di china disaksikan oleh orang ramai. Sama ada waras ataupun tidak yang pastinya lelaki bogel ini tiba-tiba berlari dan berdiri di depan sebuah teksi, seolah-olah dia akan mengangkat teksi tersebut sambil berteriak " Berilah aku kekuatan!!".Kejadian lucu dan lucah ini sempat menjadi wayang free orang awam namun ianya hanya berlaku beberapa minit sahaja kerana tidak lama selepas itu sepasukan polis dan mententeramkan keadaan.
Kalau kail panjang sejengkal jangan lautan hendak diduga. Jangan cuba untuk melakukan aksi ini di malaysia kerana akibatnya parah dan memalukan.
SabahanCrew : Jangan Lupa Like Facebook Page Dan Tinggalkan Komen TQ