Saturday 18 August 2012

Pameran Buku Kota Kinabalu Di Suria Sabah 1 - 9 september 2012

Pameran Buku Kota Kinabalu Di Suria Sabah 1 - 9 september 2012. Kepada peminat buku sama ada buku bercirikan novel, teks,majalah atau apa jua sekalipun boleh berkunjung ke Suria Sabah Kota Kota kinabalu pada 1 hingga 9 september ini. Sebanyak 90 gerai menjual dan mempamerkan pelbagai jenis buku dalam Bahasa Melayu, Inggeris, Cina dan Kadazandusun akan dibuka sepanjang pesta itu.

Pameran buku kali ini turut disertai pelbagai syarikat termasuk penjual, pengedar, penerbit buku, Universiti Malaysia Sabah (UMS), Kadazandusun Language Faundation (KLF), Dewan Pustaka Brunei dan Majalah Times. Pastinya memberi anda pilihan yang terbaik.

Antara agenda yang menarik pada pesta buku kali ini termasuklah cabutan bertuah yang berlangsung sepanjang hari pada musim pameran buku itu berlangsung. Kepada pelanggan yang melakukan pembelian buku sekurang-kurangnya RM30 layak mengikuti cabutan bertuah dan berpeluang memenangi hadiah berupa telefon bimbit.

Selain itu pelbagai aktiviti menarik turut diadakan antaranya pertandingan melukis, mewarna dan kuiz untuk kanak-kanak dan para pelajar sekolah.Objektif utama pesta itu ialah untuk membudayakan sikap suka membaca dikalangan rakyat bagi meningkatkan ilmu pengetahuan.

SabahanCrew : Jangan Lupa Like Facebook Page Dan Tinggalkan Komen
Digg Google Bookmarks reddit Mixx StumbleUpon Technorati Yahoo! Buzz DesignFloat Delicious BlinkList Furl

0 Komen HOT: on "Pameran Buku Kota Kinabalu Di Suria Sabah 1 - 9 september 2012"

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...