Saturday, 18 August 2012

Pandelela Rinong Terima RM300 Ribu

Pandelela Rinong Terima RM300 Ribu ynag disampaikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak atas kejayaan beliau mengharumkan nama negara dalam sukan olimpik london 2012 yang berlangsung baru-baru ini. Pandelela Rinong menerima RM300 Ribu dimana Skim Hadiah Kemenangan Sukan Majlis Sukan Negara (MSN) sebanyak RM100,000 dan Amanah Saham Wawasan sebanyak RM200,000 sebagai penghargaan kejayaan mengharumkan nama negara pada kejohanan berprestij itu.

Perdana Menteri juga menyerahkan surat tawaran biasiswa penuh kerajaan daripada Yayasan Tun Abdul Razak untuk membolehkan atlet negara itu melanjutkan pelajaran dalam jurusan pilihannya di Universiti Tun Abdul Razak.

Pada Sukan Olimpik London 2012, gadis Bidayuh berusia 19 tahun itu mengumpul 359.20 mata pada acara 10m platform di belakang Chen Ruolin dari China yang berjaya mempertahankan kejuaraannya dengan 422.30 mata manakala Britanny Broben dari Australia meraih pingat perak selepas mengutip 366.50 mata

SabahanCrew : Jangan Lupa Like Facebook Page Dan Tinggalkan Komen TQ
Digg Google Bookmarks reddit Mixx StumbleUpon Technorati Yahoo! Buzz DesignFloat Delicious BlinkList Furl

0 Komen HOT: on "Pandelela Rinong Terima RM300 Ribu"

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...