Tuesday 21 August 2012

Rekabentuk Kereta BMW i8 Syder

Rekabentuk Kereta BMW i8 Syder . BMW adalah kereta mewah yang terkenal bukan saja di malaysia tetapi di seluruh dunia.Kumpulan BMW merangkul 48 anugerah dalam Peraduan Jenama Automobil tahun ini. Dari bilangan tersebut, divisyen reka bentuk jenama kenderaan mewah Jerman pula merangkul 11 anugerah.Kereta konsep BMW i8 Syder misalnya membawa pulang tiga anugerah dalam kategori dalaman, luaran dan kategori inovasi tahunan yang terbaik.
 
Peraduan Jenama Automotif merupakan antara peraduan peringkat antarabangsa berkecuali yang menilai reka bentuk kereta terkemuka dari merata dunia.Kereta konsep BMW i8 Syder diilhamkan dari gabungan teknologi dan aestetik. Ia dipenuhi dengan pelbagai ciri dinamik seperti profil kenderaan yang rendah, padat lagi menawan.  Jendela besar dan bentuk aerodinamik semuanya menawarkan pemandangan yang luas bagi pemandu.

Automobil ini juga penuh dengan teknologi terkini dan ciri mesra alam. Diperbuat dari bahan ringan tetapi kukuh dan dilengkapi enjin kacukan i8 Spyder menawarkan kelakokan kereta sports yang sungguh hebat tetapi menawarkan kadar penggunaan petrol yang setanding sebuah kereta kecil.
Antara kenderaan BMW lain yang diikiraf ialah BMW 6 Series Gran Coupe, MINI Roadster, model motosikal BMW S 1000 RR dan Husqvarna Nuda 900 R.

Kepada pengemar kereta mewah BMW ini adalah berita baik untuk anda. Rekabentuk Kereta BMW i8 Syder telah pun diiktiraf. Kalaulah ada orang sponser admin sebijik kereta BMW i8 Syder kan bagus (berangan Sekejap)

SabahanCrew : Jangan Lupa Like Facebook Page Dan Tinggalkan Komen Tq
Digg Google Bookmarks reddit Mixx StumbleUpon Technorati Yahoo! Buzz DesignFloat Delicious BlinkList Furl

0 Komen HOT: on "Rekabentuk Kereta BMW i8 Syder "

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...