Admin muskil adakah orang ini muslim ataupun hanya diperalatkan oleh golongan tertentu untuk merealisasikan stratergy marketing cara baru meminta sedekah menggunakan material yang mengandungi Ayat Al-Quran. Admin tidak mahu mengulas panjang lebar, cuma apa pandangan orang tidak kira pelancong mahupun orang bukan muslim bila melihat akan hal ini.
Perkara ini bukan sekali terjadi kepada admin sendiri. Tidak kira wanita dan lelaki yang bagi admin mungkin mereka satu geng selalunya berada sekitar gaya street, Segama, Sinsuran dan kampung air kota kinabalu. Ada banyak cara untuk mencari rezeki bukan memperalatkan agama demi sesuap nasi. Islam itu tinggi nilainya.
Di daerah beaufort juga terjadi perkara seperti ini menurut utusan malaysia. Pihak berkuasa diminta memantau kegiatan menjual ayat al-Quran oleh 'wanita-wanita bertudung' di negeri ini kerana dikhuatiri ia mungkin dilakukan oleh mereka yang bukan Islam.Melahirkan kebimbangan itu, Menteri Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna negeri, Datuk Azizah Mohd. Dun, mahu kegiatan tersebut dipantau dengan segera.
"Kita tidak mahu jika mereka memperalatkan agama semata-mata demi sesuap nasi kerana ada cara lain yang lebih mulia untuk mencari rezeki."Meskipun belum menerima sebarang aduan rasmi mengenai kegiatan itu tapi apa yang kita dengar bahawa ia bukan dilakukan oleh warga tempatan," katanya ketika ditemui selepas lawatan Ramadan Wanita UMNO Bahagian Beaufort ke Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) dan Hospital Beaufort.
Azizah diminta mengulas mengenai kegiatan meminta sedekah cara baru dengan memperalatkan wanita bertudung menjual ayat al-Quran seperti surah Yasin dan doa-doa kepada orang ramai yang semakin berleluasa khususnya menjelang Aidilfitri.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Klias itu juga menolak kemungkinan bahawa kegiatan itu dilakukan oleh ibu tunggal tempatan, sambil menegaskan kerajaan telah memberikan pelbagai bantuan kepada golongan itu dari masa ke semasa.
"Apabila ia melibatkan perlakuan warga luar, jadi saya minta pihak berkuasa seperti imigresen dan polis untuk memantau kegiatan tersebut bagi memastikan ayat-ayat al-Quran tidak disalah gunakan untuk mendapatkan kewangan."Saya yakin di Sabah, kalau ibu tunggal semuanya mendapat pembelaan daripada kerajaan negeri dan Persekutuan," ujarnya. -sumber
SabahanCrew : Jangan Lupa Like Facebook Page Dan Tinggalkan Komen TQ
0 Komen HOT: on "Kegiatan Jual Ayat Al-Quran Di Sabah"
Post a Comment