Monday 27 August 2012

Perompak Bersenjata Kota Kinabalu Ditahan

Perompak Bersenjata Kota Kinabalu Ditahan.Empat suspek tempatan yang dipercayai terbabit dalam beberapa siri rompakan bersenjata ditahan pada 17 Ogos lalu selepas polis berjaya mengesan mereka dalam kenderaan sewa.Ketua Polis Bandaraya, ACP Jauteh Dikun, berkata kesemua suspek dipercayai terbabit dalam lima kes rompakan bersenjata pada malam hari antara 13 hingga 15 Ogos di sekitar bandaraya, dan kedai yang beroperasi 24 jam adalah sasaran utama mereka.
 240812-rob-bm
Katanya, sepasukan pegawai polis berjaya mengesan geng berkenaan yang berumur antara 18 hingga 26 tahun di Tanjung Lipat pada kira-kira jam 1.40 pagi ketika berada dalam kereta Proton Wira yang disewa.Laporan pertama dibuat oleh pekerja kedai Pick n Pay, Lintas Plaza, selepas kedai berkenaan dirompak oleh tiga lelaki bersenjatakan parang dan pisau.

Empat kes yang sama kemudian dilaporkan pada dua hari berikutnya membabitkan dua kedai 7 Eleven di Kepayan Ridge dan Salut Centre, Sepanggar dan dua kedai Orange di Taman Chantek dan University Apartmen, Jalan Sulaman.

Menurut Jauteh, siasatan menunjukkan geng berkenaan merompak sejumlah RM6,000 wang tunai dan rokok, walau bagaimanapun pihak polis berjaya mendapatkan semula 15 kartun rokok yang dicuri.
“Siasatan kami juga menunjukan bahawa salah seorang daripada empat suspek berkenaan biasanya akan tinggal di dalam kereta manakala tiga yang lainnya akan merompak kedai menggunakan senjata.

“Hasil siasatan juga mendapati suspek menyewa kereta dan digunakan ketika merompak,” katanya.
Jauteh berkata, salah seorang suspek mempunyai dua rekod jenayah iaitu salahguna dadah dan kes pecah rumah manakala dua yang lainnya mempunyai rekod salahguna dadah. Kesemua suspek disahkan positif dadah ketika ditahan.Kes terbabit akan disiasat di bawah Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman sehingga 20 tahun dan boleh dikenakan sebatan.-sumber

SabahanCrew : Jangan Lupa Like Facebook Page Dan Tinggalkan Komen TQ
Digg Google Bookmarks reddit Mixx StumbleUpon Technorati Yahoo! Buzz DesignFloat Delicious BlinkList Furl

0 Komen HOT: on "Perompak Bersenjata Kota Kinabalu Ditahan"

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...