Sunday, 19 August 2012

Masjid Utara Rusia Diserang Ketika Umat Islam Siap Sedia Menyambut Aidilfitri

Masjid Utara Rusia Diserang Ketika Umat Islam Siap Sedia Menyambut Aidilfitri. Masjid Utara Rusia Diserang Ketika Umat Islam Siap Sedia Menyambut Aidilfitri.Kejadian letupan juga disaksikan beberapa jam selepas serangan itu.Bilangan mereka yang cedera akibat tembakan di masjid di bandar Khasavyurt telah meningkat kepada lapan kata Kementerian Dalam Negeri.Angkara siapakah ini?
 masjid
Tembakan ke atas masjid itu, yang jemaahnya terdiri daripada puak Syiah berlaku lewat semalam ketika umat Islam bersiap sedia untuk menyambut kedatangan Aidilfitri.Umat Islam Rusia menyambut Aidilfitri hari ini, yang turut dikenali sebagai "Uraz-Bairam" di negara itu.Dagestan menyaksikan kejadian tembakan dan letupan bom hampir setiap hari. Pihak berkuasa mengaitkannya dengan jenayah tempatan dan kumpulan yang ada hubungan dengan Chechnya.

Kebanyakan mangsa mengalami kecederaan di bahagian dada dan perut.Laporan juga menyebut satu letupan kedengaran di masjid yang sama beberapa jam selepas serangan, menyebabkan ramai lagi cedera.Kira-kira 70 orang berada di dalam masjid ketika penyerang melepaskan tembakan.

SabahanCrew : Jangan Lupa Like Facebook Page Dan Tinggalkan Komen TQ
Digg Google Bookmarks reddit Mixx StumbleUpon Technorati Yahoo! Buzz DesignFloat Delicious BlinkList Furl

0 Komen HOT: on "Masjid Utara Rusia Diserang Ketika Umat Islam Siap Sedia Menyambut Aidilfitri"

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...