Di seluruh Texas, 465 penduduk jatuh sakit sejak awal tahun ini, sekali gus mencatat kes terbanyak sejak penyakit itu kali pertama muncul sedekad lalu, kata Jabatan Perkhidmatan Kesihatan Negeri.
Daerah ini, bandar kesembilan terbesar di Amerika, paling teruk terjejas, menyebabkan datuk bandar mengisytiharkan bencana tempatan. Virus West Nile kali pertama ditemui di Uganda pada 1937, dibawa oleh burung sebelum disebarkan kepada manusia menerusi nyamuk.
Tanda-Tanda Wabak Virus West Nile
Demam panas
Tanda teruk virus termasuk demam panas, kehilangan penglihatan dan lumpuh, sementara tanda sederhana terdiri termasuk sakit kepala sehingga ruam pada kulit. Diharapkan wabak penyakit yang disebarkan oleh nyamuk ini tidak merebak hingga ke asia sepertimana wabak penyakitInfluenza H1N1 yang juga dibawa oleh burung suatu ketika dulu.
Sekurang-kurangnya 693 kes jangkitan akibat virus itu dilaporkan di Amerika tahun ini, termasuk 26 kematian, menurut Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC). Texas mencatatkan kematian tertinggi penyakit itu setakat ini
Sekiranya mempunyai tanda awal penyakit ini sila berjumpa dengan doktor secepat mungkin. Mencegah lebih baik dari merawat.
SabahanCrew : Jangan Lupa Like Facebook Page Dan Tinggalkan Komen TQ
0 Komen HOT: on "Wabak Virus West Nile"
Post a Comment