Sunday, 19 August 2012

Ibu Anjing Selamatkan Anak Dari Kebakaran

Ibu Anjing Selamatkan Anak Dari Kebakaran. Sedangkan binatang sayangkan anaknya inikan pula manusia yang mempunyai akal fikiran. Gambar di bawah menunjukkan seekor ibu anjing menyelamatkan anaknya ketika rumah tuannya hangus terbakar.
 
Kebakaran rumah di Temuco, Chile, memusnahkan sebahagian rumah di mana beberapa anak anjing yang baru 10 hari lahir hidup, agensi berita tempatan, Soy Temuco melaporkan.Gambar ibu anjing berkenaan menyelamatkan anak-anak muncul di Reddit Jumaat lalu dan menjadi topik perbicaraan pengguna internet di barat.

Walaupun anak anjing telah selamat dihantar ke trak kebakaran oleh ibu mereka, pemilik rumah Omar Torres telah dihantar ke sebuah hospital tempatan untuk rawatan luka terbakar.Malangnya, artikel berasingan oleh sebuah akhbar melaporkan salah satu anak anjing, bernama Amparo, mati pada malam Khamis kerana luka terbakar yang teruk. Anak-anak anjing yang lain dalam keadaan stabil.

Sudah tentu, ibu anjing mempunyai naluri yang baik untuk menyelamatkan anaknya. Mungkin jauh lebih baik dari setengah ibu manusia yang membuang anak mereka tanpa sebarang rasa bersalah.

SabahanCrew : Jangan Lupa Like Facebook Page Dan Tinggalkan Komen TQ
Digg Google Bookmarks reddit Mixx StumbleUpon Technorati Yahoo! Buzz DesignFloat Delicious BlinkList Furl

0 Komen HOT: on "Ibu Anjing Selamatkan Anak Dari Kebakaran"

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...