Bagi tuduhan pertama, lelaki berkenaan didapati bersalah merogol adiknya yang berusia 14 tahun di sebuah rumah tidak bernombor di Kota Marudu pada akhir Julai, kira-kira jam 11 malam.Dia didapati melakukan kesalahan yang sama pada 7 Ogos, kira-kira jam 11 malam di tempat yang sama.Bagi tuduhan terakhir, dia yang merupakan abang sulung a dalam keluarga mereka merogol mangsa sekali lagi pada 9 Ogos, kira-kira jam 11.30 malam di tempat yang sama.
Kesemua kesalahan adalah di bawah Seksyen 376 (3) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara tidak kurang lapan tahun dan tidak lebih 30 tahun, dan juga sebatan.Berdasarkan fakta, mangsa membuat laporan polis pada 12 Ogos yang menyatakan bahawa dia dirogol oleh abangnya ketika sedang tidur.Siasatan lanjut menunjukkan bahawa tertuduh merogol adiknya sebanyak tiga kali dan juga mengancam untuk mencederakan mangsa jika mengadukan perkara itu kepada sesiapa.
Fakta kes juga menunjukkan bahawa tertuduh menampar mangsa ketika cuba melawan.
Dalam rayuan, tertuduh yang tidak diwakili oleh mana-mana peguam, merayu kerana dia adalah penyara tunggal dalam keluarga mereka.Katanya, ibu bapa mereka sudah meninggal dunia dan dia terpaksa menjaga adik beradiknya.Dia juga memberitahu mahkamah bahawa dia hanya bekerja sebagai penoreh getah untuk menyara ahli keluarganya.Timbalan Prosekuter Awam, Chow Siang Kong, menyangkal rayuan tertuduh dan menggesa supaya mahkamah mengenakan hukuman setimpal memandangkan tertuduh melakukan kesalahan serius dan merogol adik kandungnya sendiri.
Beliau turut mengemukakan bahawa kejadian itu membabitkan keganasan dan ancaman, justeru pihak mahkamah juga perlu mengambil kira mengenai keadaan psikologi mangsa serta masa depannya.
Chow kemudiannya meminta supaya hukuman terus dilaksanakan kerana ia melibatkan tiga kejadian berasingan.
SabahanCrew : Jangan Lupa Like Facebook Page Dan Tinggalkan Komen TQ
0 Komen HOT: on "Rogol Adik Sendiri Kota Marudu "
Post a Comment