Wednesday, 22 August 2012

JPJ cadang tempoh rebat tol dipanjangkan

JPJ cadang tempoh rebat tol dipanjangkan. Memang satu cadangan yang bernas bila JPJ cadang tempoh rebat tol dipanjangkan. Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mencadangkan pemegang konsesi lebuh raya melanjutkan tempoh masa pemberian diskaun dan rebat tol kepada pengguna pada musim perayaan bagi mengelak kesesakan di plaza tol.

Ketua Pengarahnya, Datuk Solah Mat Hassan berkata, tempoh had masa diskaun dan rebat tol untuk beberapa jam sahaja menyebabkan pemandu berebut pada waktu tersebut lalu menyumbang kepada kesesakan di plaza tol.

Sempena Aidilfitri dan ulang tahun kemerdekaan ke-55 tahun ini, semua pemegang konsesi bersetuju menawarkan diskaun dan rebat tol antara 10 hingga 37.5 peratus bagi kenderaan kelas 1.Bercakap kepada Bernama di sini hari ini, Solah berkata, adalah lebih baik pihak pemegang konsesi lebuh raya melanjutkan tempoh masa diskaun dan rebat tol bagi memudahkan kelancaran lalu lintas di semua plaza tol. - sumber

Selain mengurangkan kesesakan lalulintas, cadangan rebat tol dipanjangkan sedikit sebanyak menyumbang kepada kurangnya kemalangan berlaku. Ini kerana pemandu tidak perlu memandu terlalu laju atau tergopoh gapah hanya kerana mengejar rebat tol ketika musim perayaan ini. Terima kasih JPJ

SabahanCrew : Jangan Lupa Like Facebook Page Dan Tinggalkan Komen TQ
Digg Google Bookmarks reddit Mixx StumbleUpon Technorati Yahoo! Buzz DesignFloat Delicious BlinkList Furl

0 Komen HOT: on "JPJ cadang tempoh rebat tol dipanjangkan"

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...