Friday 24 August 2012

Mohd Amir Mohd Anuar Lelaki Disyaki Bakar Nurul Firzanah Ditahan

Mohd Amir Mohd Anuar Lelaki Disyaki Bakar Nurul Firzanah Ditahan. Hari ini polis menahan Mohd Amir Mohd Anuar lelaki yang disyaki membakar Nurul Firzanah yang juga merupakan teman wanitanya di kawasan semak berhampiran Seksyen 1, Wangsa Maju pada awal pagi 13 Ogos lalu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah, berkata lelaki itu ditahan awal pagi ini di sebuah rumah panjang di Setapak Jaya."Suspek ditahan bersama seorang wanita," katanya menerusi Sistem Pesanan Ringkas (SMS) kepada BERNAMA.

Beliau berkata, kedua-dua mereka ditahan reman lima hari bermula hari ini. Polis sebelum ini memburu Mohd Amir Mohd Anuar, 18, dari Taman Keramat bagi membantu siasatan kes berkenaan.
Dalam kejadian itu, teman lelaki Nurul Firzanah Mat Zaki, 16, dipercayai menyimbah petrol ke tubuh gadis berkenaan sebelum membakarnya, menyebabkan mangsa terbakar 25 peratus di muka, dada dan tangan.

Mangsa kini dirawat di Hospital Kuala Lumpur. Diharapkan Nurul Firzanah akan sembuh sepenuhnya dalam masa terdekat ini.

SabahanCrew : Jangan Lupa Like Facebook Page Dan Tinggalkan Komen TQ
Digg Google Bookmarks reddit Mixx StumbleUpon Technorati Yahoo! Buzz DesignFloat Delicious BlinkList Furl

0 Komen HOT: on "Mohd Amir Mohd Anuar Lelaki Disyaki Bakar Nurul Firzanah Ditahan"

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...