Friday 17 August 2012

Biasiswa Bakal Dikeluarkan Sebelum Aidilfitri

Biasiswa Bakal Dikeluarkan Sebelum Aidilfitri untuk [pelajar malaysia seramai 296 orang yang berada di jepun.Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) akan menjelaskan pembayaran wang biasiswa kepada pelajar Malaysia di Universiti Tokyo, Jepun secepat mungkin.Pengarah Bahagian

Pembangunan Modal Insan, Datuk Mohd Tajudin Don berkata, JPA mengalami sedikit masalah proses pengeluaran wang antara bank tempatan dengan pejabat pos Jepun.Beliau berkata, wang itu sudah dihantar melalui bank tempatan kepada pejabat pos di Jepun, namun masih menunggu kelulusan untuk dibayar kepada 296 pelajar Malaysia yang mendapat biasiswa JPA.

“Wang itu sudah ada di pejabat pos Jepun dan akan dibayar kepada semua pelajar secepat mungkin. JPA akan mengusahakan untuk membayar kepada semua pelajar sebelum Hari Raya Aidilfitri.

“Kebanyakan pelajar tidak menerima wang biasiswa kerana mereka membuka akaun melalui pejabat pos. Sebab itu kita mengalami sedikit kesukaran untuk proses pemindahan wang Malaysia ke Jepun,”

Tajudin berkata, kerajaan memberi jaminan kepada semua pelajar Malaysia di Jepun bahawa mereka tidak akan terjejas meskipun dikenakan kompaun akibat kelewatan pembayaran bil elektrik dan air.
Admin mengucapkan selamat hari raya aidilfitri buat pelajar malaysia yang sedang menuntut di Universiti Tokyo Jepun.

SabahanCrew : Jangan Lupa Like Facebook Page Dan Tinggalkan Komen TQ
Digg Google Bookmarks reddit Mixx StumbleUpon Technorati Yahoo! Buzz DesignFloat Delicious BlinkList Furl

0 Komen HOT: on "Biasiswa Bakal Dikeluarkan Sebelum Aidilfitri "

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...