Tuesday 21 August 2012

Nicol David Juara Terbuka Australia

Nicol David Juara Terbuka Australia. Seorang lagi jaguh sukan Skuasy dunia berasal dari malaysia iaitu Nicol David. Juara bertahan Datuk Nicol David memenangi Kejohanan Skuasy Terbuka Australia buat kali kedua berturut-turut selepas menumpaskan Laura Massaro pada perlawanan akhir di Royal Theatre Canberra Australia.
 nicol david squash
Dalam saingan akhir tersebut, ratu skuasy negara berjaya mengenepikan cabaran pemain England itu 17-15, 11-2, 11-6 untuk merangkul kejuaraan ke-62 buat dirinya.Beraksi di hadapan legenda skuasy Heather McKay dan bekas pemain terbaik dunia, Vicki Cardwell dan Michelle Martin, Nicol menunjukkan mengapa dia dianggap pemain terhebat dunia sepanjang satu dekad ini apabila berjaya menyerap cabaran untuk menumpaskan Massaro.

Moga kecemerlangan Datuk Nicol David akan berterusan sepanjang beliau berkecimpung dalam sukan skuasy ini. You are the best all the time.

SabahanCrew : Jangan Lupa Like Facebook Page Dan Tinggalkan Komen TQ
Digg Google Bookmarks reddit Mixx StumbleUpon Technorati Yahoo! Buzz DesignFloat Delicious BlinkList Furl

0 Komen HOT: on "Nicol David Juara Terbuka Australia"

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...