Monday 27 August 2012

1Place Mall Bantu Pelajar Miskin Di Sabah

1Place Mall Bantu Pelajar Miskin Di Sabah. Tahniah dan terima kasih kepada one place mall yang mewujudkan Tabung Pendidikan One Place Mall di Putatan Tabung pendidikan tersebut telah dilancarkan dan dirasmikan oleh timbalan Ketua Menteri Datuk Yahya Hussin.Katanya, penglibatan lebih banyak syarikat swasta dalam bidang itu mampu membantu meningkatkan kesejahteraan rakyat, khususnya di kawasan syarikat berkenaan beroperasi.
 260812-lead-11c
Di majlis itu, Tabung Pendidikan One Place Mall memberikan bantuan RM100,000 kepada sepuluh sekolah sekitar Putatan dan Penampang untuk membantu para pelajar miskin dan cemerlang yang tidak berkemampuan meneruskan pelajaran kerana kekangan kewangan.

Sebanyak lapan sekolah rendah dan dua buah sekolah menengah yang terpilih telah menerima dana tersebut. Di antaranya SK. Kampung Contoh, SK. Petagas, SK. Tombovo, SJK © Yue Min, SK. Kem Lokawi, SMK Putatan dan SMK Tansau.Setiap sekolah akan memilih sepuluh orang pelajar untuk menerima dana itu di mana setiap pelajar akan menerima sebanyak RM500 setahun.

Sikit tak sikit banyak tak banyak tapi hakikatnya one place mall telah membantu dan atas keperihatinan syarikat tersebut admin sebagai editor blog serta wakil daripada pelajar yang bakal menerima dana tersebut admin dahului dengan ucapan ribuan terima kasih. Diharapkan ramai lagi syarikat swasta selepas ini yang tampil membantu.-sumber

SabahanCrew : Jangan Lupa Like Facebook Page Dan Tinggalkan Komen TQ
Digg Google Bookmarks reddit Mixx StumbleUpon Technorati Yahoo! Buzz DesignFloat Delicious BlinkList Furl

0 Komen HOT: on "1Place Mall Bantu Pelajar Miskin Di Sabah"

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...