Saturday, 18 August 2012

Model Baru Boon Siew Honda

Model Baru Boon Siew Honda.Berita Gempak untuk peminat Motosikal dimana Boon Siew Honda memperkenalkan dua motosikal berprestasi yang baru, motosikal Super Sports berkuasa CBR1000RR serba baru dan motosikal Dwi Guna lasak iaitu CRF250L, yang berada di seluruh pusat pameran bermula bulan ini.

Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Satoshi Okada berkata, tawaran berkembar ini akan mampu memenuhi kehendak peminat motosikal dengan gaya berbeza.Satu tawaran motosikal untuk kegunaan lasak dan kasar, manakala, satu lagi motosikal yang menawarkan kualiti kawalan sepenuhnya kata pengarah urusan syarikat tersebut.

Model CBR1000RR boleh didapati mulai 14 Ogos 2012 dalam warna putih mutiara pada harga bersih RM96,500 serta warna merah dan hitam dengan harga RM95,900.Pelanggan boleh memilih varian CBR1000RR C-ABS baru yang dilengkapi sistem kawalan elektronik ciptaan Honda iaitu sistem brek Combined Anti-Lock pada harga bersih RM107,600 untuk warna putih mutiara.

Manakala, RM107,000 untuk warna merah dan hitam. Honda CRF250L hanya akan berada di pasaran akhir Ogos dalam warna merah pada harga RM22,68. Tapi ingat motosikal bukan digunakan untuk berlumba atau rempit. Gunakan motosikal sebagai kemudahan bukan untuk membunuh diri.

SabahanCrew : Jangan Lupa Like Facebook Page Dan Tinggalkan Komen TQ
Digg Google Bookmarks reddit Mixx StumbleUpon Technorati Yahoo! Buzz DesignFloat Delicious BlinkList Furl

0 Komen HOT: on "Model Baru Boon Siew Honda"

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...