Tuesday, 21 August 2012

Menteri Luar Belarus Dipecat

Menteri Luar Belarus Dipecat. Di Minsk pada 21 Ogos lalu Presiden Belarus, Alexander Lukashenko memecat menteri luarnya sebagai sebahagian daripada rombakan yang dilakukan ekoran krisis diplomatik negara itu dengan Sweden dan Kesatuan Eropah.

Bagaimanapun pejabat Lukashenko tidak menjelaskan sebab pemecatan Menteri Luar Sergei Martynov yang digantikan dengan Ketua Pentadbiran Presiden, Vladimir Makey.Awal bulan ini, Belarus mengusir duta Sweden selepas sebuah syarikat swasta Sweden menggugurkan kira-kira 800 patung beruang di seluruh negara itu pada Julai lalu menggunakan sebuah pesawat yang disewa khas.

Tindakan tersebut merupakan mesej untuk mendesak bekas negara Soviet itu mengamalkan sikap yang lebih terbuka terhadap hak asasi manusia. - AFP

SabahanCrew : Jangan Lupa Like Facebook Page dan Tinggalkan Komen TQ
Digg Google Bookmarks reddit Mixx StumbleUpon Technorati Yahoo! Buzz DesignFloat Delicious BlinkList Furl

0 Komen HOT: on "Menteri Luar Belarus Dipecat"

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...