Wednesday 29 August 2012

Ayam Berkaki Empat

Ayam Berkaki Empat. Memang pelik tapi benar, di tumpat Seorang suri rumah nyaris memasak kari ayam berkaki empat apabila dia terbeli ayam yang mempunyai empat kaki. Didapati dua daripada kakinya tumbuh di bahagian punggung ayam tersebut. Hasnah Yahya, 48, berkata, dia membeli ayam itu di sebuah gerai menjual ayam di Chabang Tiga Berangan di sini, untuk dijadikan kuah roti jala pada hari raya kedua lalu. “Saya ke gerai ayam itu membeli dua ekor ayam untuk dijamu kepada sanak saudara. Masa membeli ayam ini memang saya tidak perasan ia mempunyai empat kaki.”
 
“Mungkin masa itu ramai pelanggan, beratur panjang juga saya untuk mendapatkan dua ekor ayam ini, cuma seekor sahaja yang berkaki empat,” katanya. Bagaimana pun Hasnah berkata, dia menyedarinya selepas menyediakan rempah di dapur untuk memasak kari ayam dan ketika menyiang ayam terbabit dia terpegang kaki ayam itu. “Terkejut saya seketika dengan penemuan pelik ini kerana seumur hidup saya ini pertama kali saya melihat ayam berkaki empat. Tetapi sayang ia sudah disembelih, kalau tidak mungkin ayam ini akan dipelihara,” katanya.

Menurutnya, walaupun sebelah kaki ayam itu terpotong, dia tidak meneruskan hasratnya untuk memasak kari ayam pada hari tersebut. “Saya batalkan niat untuk memasak kari ayam berkaki empat ini kerana khuatir tidak berselera untuk menjamah. “Ayam pelik ini seberat dua kilogram yang dibeli dengan harga RM10 diberikan kepada saudaranya dan sehingga kini masih disimpan di dalam peti sejuk,” katanya.

Adakah ayam ini ayam jelmaan atau ayam cacat? Admin pada mulanya tidak percaya adanya ayam berkaki empat ini namun apabila melihat gambar ayam berkaki empat ini, admin terkejut besar.

-Sumber Blog Nasihangit
SabahanCrew : Jangan Lupa Like Facebook Page Dan Tinggalkan Komen TQ
Digg Google Bookmarks reddit Mixx StumbleUpon Technorati Yahoo! Buzz DesignFloat Delicious BlinkList Furl

1 Komen HOT: on "Ayam Berkaki Empat"

Anonymous said...

Hello there! This post could not be written any better!
Looking at this post reminds me of my previous
roommate! He continually kept talking about this.

I will forward this information to him. Pretty sure he will have a good read.
Many thanks for sharing!

Here is my webpage: Pay day loan lenders

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...