“Saya terkejut melihat ada angin berpusing datang dari arah laut menuju ke kawasan perkampungan, saya cepat-cepat berenang ke tepi dan berlindung di bawah rumah,” katanya.Menurut Abdul lagi, ombar itu walaupun tidak merbahaya tetapi angin kencang pantas menyambar bumbung rumah.
“Kesan angin itu menyebabkan sebanyak 30 bumbung rumah penduduk rosak teruk dan ada rumah yang hampir tumbang,” jelasnya.
Semantara itu, dalam kejadian berasingan di tempat yang sama seorang warga emas Siti Abdullah 86 tahun ditemui selamat dalam keadaan tidak bermaya kerana kesejukan selepas beliau terpisah dari rombongannya sebaik selesai mereka melakukan upacara tradisi turun-temurun penduduk di situ.
Dalam pejadian itu, Siti meminta turun dari kenderaan yang dinaikinya untuk membuang air kecil apabila dia tiba-tiba hilang dari tempat dia dipercayaai membuang air kecil.
Setelah ahli rombongannya hilang punca untuk mengesannya, mereka balik ke perkampungan untuk meminta pertolongan.Menceritakan kejadian itu, Zaini Setiausaha Umno kampung berkenaan berkata, pada saat rombongan selesai melakukan upacara tradisi mereka angin kencang yang mereka anggap adalah puting beliung kerana angin berpusar dari arah laut melanda kawasan perkampungan itu secara tiba-tiba hanya dalam masa empat minit.
Sebaik sahaja dimaklumkan mengenai kehilangan warga emas itu, sepasukan mencari telah dibentuk yang terdiri anggota Rela kampung itu dan, menghubungi pasukan Bomba dan Penyelamat dan JPAM untuk gerakan mengesan mangsa.Pada jam 7.00pm pasukan itu menemui mangsa terlantar di satu kawasan lapang dalam keadaan tidak bermaya dan kesejukan yang kemudiannya mangsa dikejarkan ke Hospital Sandakan dengan sebuah ambulan yang turut terlibat dalam misi mencari. Beliau dilaporkan stabil.
Kuala Gum-Gum didiami seramai 300 keluarga yang terdiri dari masyarakat Tidung yang majoritinya adalah nelayan pesisir pantai.
SabahanCrew : Jangan Lupa Like Facebook Page Dan Tinggalkan Komen TQ
0 Komen HOT: on "Angin Kencang Melanda Kampung Gum-Gum Sandakan"
Post a Comment