Monday, 13 August 2012

Suki Low Menang Saman

Suki Low Menang Saman.Bekas juara One In A Million (OIAM), Suki Low berjaya memenangi kes tuntutan terhadap syarikat pengurusannya Galaxy Music Sdn. Bhd. atas dakwaan melanggar perjanjian selepas Mahkamah Tinggi membuat keputusan pada Khamis Lalu. Hakim Datuk Hasnah Mohammed Hashim mengarahkan Galaxy Music mengembalikan jumlah wang sebanyak RM367,575.17 dan membatalkan kontrak perjanjian sebagai pihak pengurusan penyanyi tersebut, serta membayar RM30,000 kepada Suki sebagai kos guaman.
 
Suki atau nama sebenarnya Low Sook Yee, 22, mula dikenali selepas kemenangannya dalam OIAM ketika usianya 16 tahun. Dia telah menandatangani kontrak untuk menjadi artis naungan Galaxy Music pada usia 19 tahun.

“Memandangkan umurnya yang muda apabila perjanjian itu ditandatangani, ia adalah jelas bahawa Suki telah menjadi mangsa melalui terma berat sebelah perjanjian ini yang seolah-olah hanya melindungi kepentingan Galaxy dan bukan Suki,” hujah hakim.

Suki yang diwakili peguam Ong Yu Jian telah memfailkan saman terhadap Galaxy Music kerana melanggar perjanjian pada 7 Disember 2011.Dalam pernyataan tuntutannya, Galaxy telah membuat penyataan salah bahawa ia akan mampu menerbitkan, memasarkan serta mengedar album antarabangsa Cina penyanyi itu untuk pasaran Taiwan, China dan Hong Kong.-mstar

SabahanCrew : Jangan Lupa Like Facebook Page Dan Tinggalkan Komen TQ
Digg Google Bookmarks reddit Mixx StumbleUpon Technorati Yahoo! Buzz DesignFloat Delicious BlinkList Furl

0 Komen HOT: on "Suki Low Menang Saman "

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...