Tuesday 14 August 2012

Pelik Tapi Benar : Potong Buah Guna Daun Terup

Gambar warga china potong buah guna daun terup. Memang pelik tapi benar dimana seorang warga china yang berumur 48 tahun Ye Tongxin yang mampu memotong buah dan sayur dengan daun terup plastik. Ia mungkin kelihatan mudah tetapi dia menjalani latihan sejak 10 tahun lalu untuk melakukannya.

Ye Tongxin berlatih dua jam setiap malam, membaling kad sepantas sebuah kereta api laju. Timun atau labu mungkin kelihatan mudah untuk dipotong kerana kulitnya yang rapuh. Tetapi tidak seperti ninja lain yang mahir dalam membaling kad, Tongxin berupaya memotong epal dan tembikai dengan begitu mudah. Dia menggunakan bingkai setinggi dua meter untuk menggantung beg berbentuk timun untuk berlatih membaling dan meningkatkan kemahirannya.

Menurut Tongxin, kad yang dibalingnya bergerak selaju 50 meter dalam setengah saat. Ini bermakna, kad itu terbang dari tangannya selaju 360 kilometer sejam. Persembahan terbaiknya ialah memotong sebaris 12 timun dalam masa 47.2 saat. Bagaimanapun, matlamat Tongxin ialah memotong 18 timun kurang daripada seminit bagi mencipta rekod baru dunia.

SabahanCrew : Jangan Lupa Like Facebook Page Dan Tinggalkan Komen TQ
Digg Google Bookmarks reddit Mixx StumbleUpon Technorati Yahoo! Buzz DesignFloat Delicious BlinkList Furl

0 Komen HOT: on "Pelik Tapi Benar : Potong Buah Guna Daun Terup"

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...