Wednesday 15 August 2012

Gambar Suspek Bakar Nurul Firzanah

Gambar Suspek Bakar Nurul Firzanah kini mula tersebar melalui media dan difahamkan kematian Nurul Firzanah berkaitan dengan seorang lelaki yang bernama Mohd Amir Bin Mohd Anuar yang juga merupakan teman lelaki mangsa. Nurul firzanah 16 tahun dikatakan keluar bersama teman lelakinya berusia 19 tahun itu sebelum disimbah petrol dan dibakar sehinggakan 25 peratus badan mangsa melecur.
 

Bapa mangsa, Mat Zaki Mat Hussin berkata, anaknya, Nurul Firzanah yang masih bersekolah dalam tingkatan empat itu pergi ke rumah ibu angkatnya dan selepas tiba di sana, dengan kebenaran ibu angkatnya itu dia keluar untuk berjumpa teman lelakinya dipercayai untuk bersahur. Mereka tidak menaruh apa-apa syak yang buruk kerana mereka  sudah mengenali teman lelaki mangsa dan keluarganya justru membenarkan mereka keluar bersama.

Pada pukul 3 pagi, mereka menerima panggilan memberitahu Nurul Firzanah dibakar berdekatan Flat Wangsa Sari. Polis juga telah menyebarkan gambar suspek yang berumur 19 tahun.
 
Nama: MOHD AMIR BIN MOHD ANUAR
Umur : 19 Tahun
Orang ramai yang mengenali saspek bolehlah menyalurkan maklumat ke Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur ditalian 03- 21460522 samb. 597 atau mana-mana balai Polis yang berhampiran atau melalui Hotline Polis KL (Rakan Cop) di talian 03-21159999 atau SMS POLISKL ke 32728.


SabahanCrew : Jangan Lupa Like Facebook Page Dan Tinggalkan Komen TQ

Digg Google Bookmarks reddit Mixx StumbleUpon Technorati Yahoo! Buzz DesignFloat Delicious BlinkList Furl

0 Komen HOT: on "Gambar Suspek Bakar Nurul Firzanah"

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...