Thursday 16 August 2012

Pelajar China Cipta iPad Dari Komputer Terpakai

Pelajar China Cipta iPad Dari Komputer Terpakai. Memang sesuatu yang membanggakan. Pelajar dari china Wei Xinlong mencipta iPad dari komputer terpakai milik teman wanitanya Sun Shasha. Mereka berdua merupakan pelajar senior di Jabatan Seni dan Rekaan di Universiti Changchun, utara China.

Wei Xinlong mengambil masa selama 10 hari dan menelan belanja sebanyak 800 yuan (RM400) untuk menghasilkan peranti itu dengan berat dan ketebalan yang dilihat serupa dengan produk iPad keluaran Apple Inc.Menurut Wei, dia tidak cukup duit untuk membelikan sebuah komputer baru buat kekasihnya itu, maka dia mula menciptanya dengan cara mempelajari cara-cara menghasilkan Tablet PC dan iPad daripada rakaman video di internet.

“Papan utama, video card, CPU dan skrin semuanya dari komputer lama yang menelan belanja 500 yuan (RM250) dan saya membeli skrin sesentuh dan bateri secara online,” kata Wei Xinlong memberi penjelasan.

Memang hebat, Admin sendiri kagum dengan kuasa cinta Wei dimana kernana cinta dia mampu mengilhamkan iPad dengan hanya bermodalkan RM400 + Komputer Terpakai..

SabahanCrew : Jangan Lupa Like Facebook Page Dan Tinggalkan Komen TQ
Digg Google Bookmarks reddit Mixx StumbleUpon Technorati Yahoo! Buzz DesignFloat Delicious BlinkList Furl

0 Komen HOT: on "Pelajar China Cipta iPad Dari Komputer Terpakai"

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...