Friday 3 August 2012

Cuti Hari Raya 2012

Yes!! Pengumuman Cuti Hari Raya 2012 lagi.Kementerian Pelajaran menetapkan Jumaat 17 Ogos depan sebagai cuti berganti sempena Hari Raya Aidilfitri yang bakal menjelang untuk sekolah di negeri yang cuti hujung minggunya pada Sabtu dan Ahad. Pihak sekolah dicadangkan menggantikan cuti berkenaan pada Sabtu 22 September 2012.

Surat siaran mengenainya yang ditandatangani oleh Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran (Sektor Operasi Pendidikan), Sufa‘at Tumin, sudah dihantar kepada semua Jabatan Pelajaran negeri kelmarin untuk tindakan lanjut. Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Abd Ghafar Mahmud, pula berkata cuti pada Jumaat itu untuk memberi keselesaan dan kemudahan kepada orang ramai pulang ke kampung menyambut Aidilfitri yang dijangka pada Ahad 19 Ogos 2012.

Pesanan kepada semua pembaca yang ingin balik kampung, sila buat tempahan tiket lebih awal untuk mengelakkan anda daripada beraya di kota haha.. sedih weih.. Untung sungguh pada orang yang berkerjaya sebagai guru, boleh cuti panjang-panjang raya tahun nie... Jangan Jeles...

SabahanCrew : Sila Tinggalkan Komen Dan Jangan Lupa Like Facebook Page Ok..TQ
Digg Google Bookmarks reddit Mixx StumbleUpon Technorati Yahoo! Buzz DesignFloat Delicious BlinkList Furl

0 Komen HOT: on "Cuti Hari Raya 2012"

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...