Friday, 3 August 2012

Gambar : Ella Bersama Suami Azhar Ghazali

Tahniah buat Ratu Rock Malaysia Ella yang telah melangsungkan perkahwinan tahun ini bersama suami tercinta Azhar Ghazal. Gambar Ella bersama suami Azhar Ghazali. Sudah pasti tahun ini merupakan tahun pertama bagi pasangan ini melalui ramadhan bersama. Hasrat Ella untuk menunaikan solat terawih terlaksana pada awal ramadhan lalu. Menurut Ella, saat tersebut merupakan detik paling manis yang pernah beliau alami dalam hidup kerana perkara sebegini telah lama diidamkan olehnya.


Penyanyi lagu Layar Impian itu selamat diijabkabulkan dengan Azhar iaitu seorang juruterbang syarikat Firefly dengan sekali lafaz di kediaman pengantin perempuan di Teluk Gadung.Pasangan tersebut dinikahkan oleh Jurunikah Masjid Nurul Iman, Klang, Baharuddin Abu Bakar berwalikan abang sulung pengantin perempuan, Mohd Noor Izam Aminudin.Ella dan Azhar sebelum itu telah ditunangkan sebelum majlis akad nikah bermula.

Dalam pada itu, Azhar berkata, dia juga tidak melihat soal usia sebagai penghalang dan menjadikan perkahwinan Nabi Muhammad S.A.W. bersama Siti Khadijah sebagai contoh terbaik dalam melayari bahtera perkahwinan mereka.

Sumber : mstar

SabahanCrew : Jangan Lupa Tinggalkan Komen Dan Like Facebook Page OK.. TQ
Digg Google Bookmarks reddit Mixx StumbleUpon Technorati Yahoo! Buzz DesignFloat Delicious BlinkList Furl

0 Komen HOT: on "Gambar : Ella Bersama Suami Azhar Ghazali"

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...