Sunday, 12 August 2012

Ganjaran RM500 Ribu Buat Lee Chong Wei

Ganjaran RM500 Ribu Buat Lee Chong Wei disampaikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak dalam majlis di Seri Perdana yang turut dihadiri isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor.Ganjaran meliputi RM300,000 sumbangan Skim Hadiah Kemenangan Sukan, Majlis Sukan Negara dan RM200,000 sumbangan kerajaan Malaysia dalam bentuk Amanah Saham Wawasan.Selain itu, Chong Wei turut menerima hadiah seutas jam tangan yang disampaikan Rosmah, selaku penaung Persatuan Badminton Malaysia (BAM).

Pada majlis itu, Najib turut menyatakan persetujuan mengenai cadangan mewujudkan Akademi Badminton Negara di Pusat Latihan Badminton Stadium Juara Bukit Kiara.Sementara itu, Chong Wei, 30, berkata beliau akan mempertimbangkan hasrat Perdana Menteri untuk melihat beliau kembali merebut pingat emas pertama pada temasya Olimpik Rio de Janeiro, Brazil 2016.

Chong Wei berharap dengan sokongan tersebut, ia akan menyuntik semangat untuk dirinya meneruskan aksi di sukan Olimpik akan datang, sebagaimana yang dihasratkan Perdana Menteri.

SabahanCrew : Jangan Lupa Like Facebook Page Dan Tinggalkan Komen TQ
Digg Google Bookmarks reddit Mixx StumbleUpon Technorati Yahoo! Buzz DesignFloat Delicious BlinkList Furl

0 Komen HOT: on "Ganjaran RM500 Ribu Buat Lee Chong Wei"

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...