Dia yang sebelum ini, pekerja separuh masa untuk Syarikat Global Station Sdn. Bhd. menamakan Hafiz atau nama sebenar Mohd. Hafiz Mohd. Suip, 22, selaku defendan.Menurut penyata tuntutan itu, plaintif mengenali defendan menerusi kenalan serta ketika menjalankan kerja-kerja di Astro Holding Sdn. Bhd.
Dakwa plaintif, pada pukul 3.15 petang, 17 Mei 2011, ketika bekerja sebagai pengurus pentas untuk rancangan Salih Yaacob Show, bahunya ditepuk oleh defendan yang mahu berjumpa namun ditolak dengan baik oleh plaintif.
Defendan kemudian didakwa memeluk bahu plaintif dan mendesak untuk berbincang tapi sekali lagi plaintif menolak kerana sibuk.
Sumber : Kosmo
0 Komen HOT: on "Hafiz Af7 Disaman RM200 000"
Post a Comment