Wednesday 8 August 2012

Manoharan Minta Maaf Kepada Lee Chong Wei

Manoharan Minta Maaf Kepada Lee Chong Wei. Manoharan yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Alam Shah, memohon maaf atas keterlanjuran bahasanya terhadap wira badminton negara Lee Chong Wei dan keluarganya. Dia mengatakan bahawa dia amat kesal dengan kata-kata menyinggung perasaan menerusi Twitter, mempersenda pencapaian pingat perak Olimpik pemain badminton negara itu yang mencetuskan kemarahan orang ramai.

"Saya amat menyesal dengan komen-komen yang saya buat dan memohon maaf dengan tulus ikhlas kepada Datuk Lee Chong Wei dan keluarganya tegas Manoharan menerusi Kosmo.

"Saya benar-benar berharap permohonan maaf saya diterima," katanya dalam akaun Twitter @mmanoADUN. Mesej Twitter ADUN DAP itu mengenai perlawanan akhir badminton perseorangan di Olimpik London, Ahad lepas, menerima kritikan hebat orang ramai tanpa mengira sempadan politik dengan menyifatkan beliau sebagai biadap dan bersikap perkauman.

Antara lain Manoharan dipetik sebagai berkata: Lin Dan menang. Dia bermain lebih baik daripada Lee Chong AWAY dan menyarankan kepada (Datuk Seri) Najib (Tun Razak), apa pun ganjaran kewangan yang dijanjikan untuk Chong Wei, baiklah diberikan kepada Lin Dan.

Sementara itu, Pengerusi DAP, Karpal Singh berkata, mesej Twitter Manoharan itu tidak dapat dimaafkan dan tidak sepatutnya dilakukan.

SabahanCrew : Jangan Lupa Like Facebook Page Dan Tinggalkan Komen TQ
Digg Google Bookmarks reddit Mixx StumbleUpon Technorati Yahoo! Buzz DesignFloat Delicious BlinkList Furl

0 Komen HOT: on "Manoharan Minta Maaf Kepada Lee Chong Wei"

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...