Tuesday, 28 August 2012

Seorang Pelajar Jurusan Kejuruteraan Awam Universiti Malaysia Sabah (UMS) Maut Kemalangan

Seorang pelajar jurusan Kejuruteraan Awam Universiti Malaysia Sabah (UMS) maut dalam kemalangan membabitkan sebuah motosikal di kilometer 18, jalan Keningau – Apin-Apin lebih kurang jam 4.30 petang pada Sabtu lepas.Mangsa dikenali Mohamad Shahrun Bin Samsudin 22, dalam pengajian semester tiga meninggal dunia semasa rawatan di Hospital Keningau akibat mengalami kecederaan teruk di bahagian dalaman perut.

Ketua Polis Daerah Keningau Deputi Supritendan Polis (DSP) Robert Salisip @ David berkata, semasa kejadian mangsa yang menunggang motosikal bersama pembonceng yang merupakan abang angkat mangsa dalam perjalanan dari Kg. Merampong menuju ke Kg. Kirokot Apin-Apin.Katanya, apabila sampai di tempat kejadian, simpang Kg. Kirokot motosikal yang ditunggang mangsa semasa membelok masuk simpang sebelah kanan Kg. Kirokot, tiba-tiba hilang kawalan lalu terbabas dan termasuk dalam parit sebelah kanan jalan.

Ketua Polis Daerah yang baru itu berkata, mangsa dan abang angkatnya yang mengalami cedera ringan dibawa ke Hospital Keningau rawatan.Katanya, keadaan cuaca ketika itu baik, tidak hujan, jalan berturap, jalan lurus, rata, jalan duahala dan terdapat simpang di sebelah kanan jalan.
Siasatan dijalankan dibawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) dan siasatan lanjut masih diteruskan.

Admin ucapkan Takziah kepada keluarga mangsa. Buat pembaca, Berhati-hati di jalan raya dan ingatlah orang yang tersayang. Jadikan ini sebagai pengajaran. -sumber

SabahanCrew : Jangan Lupa Like Facebook Page Dan Tinggalkan Komen TQ
Digg Google Bookmarks reddit Mixx StumbleUpon Technorati Yahoo! Buzz DesignFloat Delicious BlinkList Furl

2 Komen HOT: on "Seorang Pelajar Jurusan Kejuruteraan Awam Universiti Malaysia Sabah (UMS) Maut Kemalangan"

Anonymous said...

Hi there, I found your blog by the use of Google whilst searching for a similar matter, your website got here up,
it seems to be great. I've bookmarked it in my google bookmarks.
Hello there, just become alert to your blog via Google, and located that it's truly informative.
I am gonna watch out for brussels. I will appreciate for those who continue this in
future. Numerous other people will be benefited out of your writing.
Cheers!
My web-site http://pixocool.com

Anonymous said...

I am not Concerned in mode itself, I do not read style magazines to use custom printed labels for grabbing the buyers attending.
A The drug or other core Box Top logos, Buying through the online Box Topnotch hepatic
portal vein, or acquiring a Box Super for Pedagogy Visa Notice.
frailty chairwoman Cock Cheney upfront payments to the medicine labels
for its iCloud streaming/storing, the New York Post reports.



Here is my blog; stickers order custom

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...