Sunday 12 August 2012

Video Dan Gambar Monorel Terkandas Di Brickfields KL

Video Dan Gambar Monorel Terkandas Di Brickfields KL. Video Monorel terkandas ini tersebar luas di internet terutama di laman youtube. Difahamkan gambar monorel yang terkandas di brickfields kl itu terjadi kira-kira pukul 2 petang. Kejadian yang berlaku selama dua jam itu cukup membuatkan ramai penumpang menjadi panik tidak kurang yang cedera akibat terkena serpihan cermin. Ada juga yang pengsan akibat sesak nafas kerana kekurangan oksigen.
 
kira-kira seramai 183 orang penumpang yang berada didalam monorel yang rosak dan terkandas tiba-tiba itu terpaksa menunggu selama sejam sebelum tiba bantuan dari pihak bomba untuk menyelamatkan mereka.
 
Ketua Operasi Bomba dan Penyelamat, Ahmad Zaidi Safuan berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan kira-kira jam 2.19 petang memaklumkan ada mangsa terperangkap dalam gerabak monorel.
 
seramai 63 mangsa dikeluarkan anggota bomba, manakala 120 penumpang lagi dipindahkan ke Stesen Monorel Tun Sambanthan yang terletak kira-kira 200 meter dari tempat kejadian oleh Pasukan Kecemasan KL Monorel.

 
punca sebenar kejadian masih dalam siasatan, namun tidak menolak kemungkinan ia berpunca dari masalah teknikal.
SabahanCrew : Jangan Lupa Like Facebook Page Dan Tinggalkan Komen TQ..

Digg Google Bookmarks reddit Mixx StumbleUpon Technorati Yahoo! Buzz DesignFloat Delicious BlinkList Furl

0 Komen HOT: on "Video Dan Gambar Monorel Terkandas Di Brickfields KL"

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...