Sunday 12 August 2012

1 Pingat Perak Dan 1 Pingat Gangsa Buat Malaysia Sukan Olimpik London

1 Pingat Perak Dan 1 Pingat Gangsa Buat Malaysia Sukan Olimpik London. Malaysia hanya mampu membawa pulang 1 pingat perak dan satu pingat gangsa untuk temasya sukan olimpik london 2012 kali ini. Walau bagaimanapun ini merupakan satu pencapaian yang boleh dibanggakan.

Gambar Lee Chong Wei Dan Pandelela Rinong

Biarpun menyamai pencapaian pada temasya Olimpik 1996 di Atlanta, Amerika Syarikat, namun kejayaan kali ini lebih bermakna.Ini kerana pingat yang dimenangi hadir dalam dua acara berbeza iaitu badminton menerusi Datuk Lee Chong Wei dan terjun (Pandelela Rinong).

Pada temasya Olimpik 1996, dua pingat diperoleh daripada acara badminton menerusi gandingan Yap Kim Hock-Cheah Soon Kit (perak) dan Rashid Sidek (gangsa).Temasya kali ini menyaksikan AS Amerika Syarikat hanya menunggu masa dinobkatkan selaku juara keseluruhan temasya Sukan Olimpik London Tahun 2012 kali ini.

Tahniah diucapkan kepada semua jaguh sukan negara kita yang bertungkus lumus berjuang untuk mengharumkan nama negara. Biar kalah jangan mengalah!!

SabahanCrew : Jangan Lupa Like Facebook Page Dan Tinggalkan Komen..TQ
Digg Google Bookmarks reddit Mixx StumbleUpon Technorati Yahoo! Buzz DesignFloat Delicious BlinkList Furl

0 Komen HOT: on "1 Pingat Perak Dan 1 Pingat Gangsa Buat Malaysia Sukan Olimpik London"

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...