Sunday 12 August 2012

Lee Chong Wei Beri Penjelasan Isu Video Hina Lin Dan

Lee Chong Wei Beri Penjelasan Isu Video Hina Lin Dan. Penyanyi rap Namewee yang menghina bintang badminton China, Lin Dan menerusi klip video ciptaan Namewee telah menimbulkan kemarahan peminat badminton di china. Chong wei berkata “Saya memohon maaf atas video tersebut, saya juga tidak tahu apa-apa tentang lagu itu, di sini saya ingin memohon maaf kepada semua, diharap peminat (badminton) China boleh memaafkannya,” kata Chong Wei dalam laman web peribadinya di “microblogging” weibo, laman web di China yang bersamaan dengan Twitter.

http://www.sinarharian.com.my/polopoly_fs/1.73824.1344324826!/image/image.jpg_gen/derivatives/landscape_400/image.jpg
Selepas Lee Chong Wei kalah di tangan Lin Dan dalam perlawanan badminton olimpik pringkat akhir,perseorangan lelaki di Arena Wembley, Namewee memuat naik video hasil karyanya yang mengandungi maki-makian dalam bahasa Hokkien terhadap Lin Dan.Klip video itu tersebar luas di internet menyebabkan kemarahan peminat sukan badminton negara tersebut. 

Media dalam talian China, Souhu melaporkan bahawa Namewee mempertahankan dirinya dengan berkata, dia hanya meluahkan perasaannya seperti seorang peminat biasa.“Biasanya, peminat akan hanya marah di rumah, tetapi saya buat dalam bentuk video untuk menunjukkannya,” dakwa beliau

SabahanCrew : Jangan Lupa Like Facebook Page Dan Tinggalkan Komen TQ

Digg Google Bookmarks reddit Mixx StumbleUpon Technorati Yahoo! Buzz DesignFloat Delicious BlinkList Furl

0 Komen HOT: on "Lee Chong Wei Beri Penjelasan Isu Video Hina Lin Dan"

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...