Sunday 5 August 2012

Gambar Lelaki Cuba Terjun Dari Pesawat Air Asia Miri Sarawak

Gambar lelaki cuba terjun dari pesawat air asia miri sarawak.Seorang lelaki cina berumur dalam lingkungan 24 tahun cuba terjun dari pesawat air asia yang ketika itu memecut laju untuk penerbangan ke Kuala Lumpur dari Lapangan Terbang Miri Sarawak. Kejadian itu berlaku kira-kira pukul 9 malam apabila lelaki yang dikenali sebagai chong berumur dalam lingkungan 24 tahun nekad untuk terjun dari kapal terbang air asia tersebut.



Kira-kira 200 penumpang sebuah pesawat AirAsia berdepan saat menakutkan apabila pintu kecemasannya tiba-tiba dibuka oleh seorang lelaki sewaktu pesawat itu memecut untuk berlepas di Lapangan Terbang Miri malam tadi. Lebih mengerikan, dalam kejadian pukul 8.30 malam itu, lelaki berketurunan Cina yang dikenali sebagai Chong dipercayai berusia 24 tahun bertindak nekad terjun ke landasan sebelum pesawat dihentikan serta merta oleh juruterbang yang dimaklumkan tentang kejadian berkenaan.

Chong bersama teman wanitanya menaiki pesawat tersebut untuk ke Kuala Lumpur. Berikutan kejadian itu, operasi penerbangan di Lapangan Terbang Miri dihentikan seketika bermula 9 malam. Berdasarkan laporan tidak rasmi, Chong dilaporkan dalam keadaan kritikal. Walau bagaimanapun punca beliau bertindak demikian belum diketahui dan masih dalam siasatan polis

SabahanCrew : Jangan Lupa Tinggalkan Komen Dan LIKE Facebook Page OK.. TQ
Digg Google Bookmarks reddit Mixx StumbleUpon Technorati Yahoo! Buzz DesignFloat Delicious BlinkList Furl

0 Komen HOT: on "Gambar Lelaki Cuba Terjun Dari Pesawat Air Asia Miri Sarawak"

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...