Wednesday 8 August 2012

Jual Ijazah Palsu Jadi Buruan Polis

Jual Ijazah Palsu Jadi Buruan Polis.Polis Selangor masih lagi menyiasat kes melibatkan institusi pendidikan yang dipercayai terlibat dengan kegiatan mejual ijazah palsu kepada ratusan orang yang terdiri daripada pelbagai golongan masyarakat.Ketua Polis Negeri, Deputi Komisioner, Datuk Tun Hisan Tun Hamzah berkata polis telah merekodkan kenyataan daripada 48 individu berhubung kes tersebut setakat ini.

Sindiket itu dipercayai mengaut keuntungan berjumlah RM5 juta dengan menjual skrol palsu sejak sembilan tahun lalu.Sindiket ialah dipercayai telah mengaut RM5mil dengan menjual skrol palsu atas sembilan tahun lepas.Institusi berkenaan didakwa menjual skrol ijazah sarjana muda sebanyak RM6,500, peringkat sarjana RM8,500 sementara skrol doktor falsafah dijual pada harga paling tinggi iaitu, RM10, 500.

Seramai 525 orang termasuk, golongan kenamaab dipercayai membeli ijazah ini dengan cara mudah kerana mereka tidak perlu menghadiri kuliah, menduduki peperiksaan mahupun membuat kerja kursus atau pun tesis.Awal bulan lalu, beberapa individu ditangkap kerana menjual ijazah paslu Universiti Sains Malaysia.

Suspek menawarkan ijazah palsu melalu laman sosial Facebook dan seramai 516 pelayar internet telah menandakan mereka suka dengan akaun tersebut.Difahamkan kira-kira 20 orang telah membayar sebanyak RM4,888 setiap seorang bagi mendapatkan sijil dan skrol palsu daripada sindiket berkenaan.

SabahanCrew : Jangan Lupa LIKE Facebook Page Dan Tinggalkan Komen TQ..
Digg Google Bookmarks reddit Mixx StumbleUpon Technorati Yahoo! Buzz DesignFloat Delicious BlinkList Furl

0 Komen HOT: on "Jual Ijazah Palsu Jadi Buruan Polis"

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...