Wednesday, 8 August 2012

Movie Mencari Cinta Tidak Ciplak Ombak Rindu

Movie Mencari Cinta Tidak Ciplak Ombak Rindu. Pengarah dan penulis skrip filem Mencari Cinta iaitu Shirin Khuzaimi menolak andaian karyanya itu dihasilkan selepas menciplak filem Ombak Rindu yang mendapat sambutan luar biasa sebelum ini.Shirin berkata, dia telah menghasilkan skrip filem berkenaan kira-kira tiga tahun lalu namun hasrat untuk membawanya ke layar perak tergendala atas sebab-sebab tertentu.
 
"Tidak benar Mencari Cinta meniru Ombak Rindu kerana skripnya telah lama dihasilkan dan bukannya dibuat berdasarkan adaptasi novel."Mungkin kalau filem saya keluar dahulu sebelum Ombak Rindu orang akan tetap membuat perbandingan sama," ujarnya kepada mStar Online.
Tambah Shirin, genre kedua-dua filem itu juga berbeza dan menurutnya Mencari Cinta adalah seratus peratus berkonsepkan romantik berbanding filem arahan Osman Ali itu yang lebih mengangkat elemen drama sebagai tema.

Dalam pada itu, Shirin berkata, pihaknya mengambil keputusan untuk mengeluarkan versi novel filem berkenaan terlebih dahulu kerana ingin memberi peluang kepada pembaca merasai dan menjiwai jalan ceritanya sebelum menonton di pawagam.Katanya, menerusi cara itu pembaca akan dapat memahami dengan lebih jelas tentang apa yang ingin ditonjolkan di dalam filem berkenaan terutama pada babak-babak percintaan dan romantis antara dua watak utama.

"Kita tidak boleh menggambarkan secara terang-terangan melalui visual tentang hubungan intim suami isteri atau babak percintaan kerana ia agak keterlaluan untuk penonton.
 
Barisan pelakon Mencari Cinta berkumpul dalam sebuah majlis berbuka puasa yang diadakan baru-baru ini. 
"Menerusi novel semua elemen itu kita masukkan supaya pembaca dapat mendalami kisah tersebut dan boleh menggambarkannya semasa menonton," katanya.Mengulas mengenai adegan panas yang banyak melibatkan dua pelakon utamanya, Shirin menegaskan ia tidak keterlaluan dan masih mengikut garis panduan yang telah ditetapkan.

Bagaimanapun dia akur jika pihak Lembaga Penapisan Filem Malaysia (LPFM) akan membuat pemotongan terhadap filem berkenaan dan berharap ia tidak menjejaskan jalan ceritanya.
"Setakat ini semuanya berjalan dengan lancar dan sejujurnya adegan ranjang itu tidak keterlaluan dan hanya dilakukan bagi mengangkat kisah cinta dan romantik antara pasangan suami isteri," katanya.
Mencari Cinta mengisahkan tentang Myra (Nora Danish) yang telah dipaksa oleh ayahnya untuk berkahwin secara paksa dengan seorang pemuda kampung iaitu Razlan (Rusdi Ramli) yang ditinggalkan kekasihnya.

Filem genre romantik yang diterbitkan oleh syarikat produksi Armnett Sdn. Bhd. dan Red Movies Sdn. Bhd. ini sudah pun tamat menjalani penggambaran di sekitar Kuala Lumpur dan Janda Baik pada Mac lalu dengan kos sekitar RM1.5 juta."Saya tidak mengharapkan sasaran terlalu tinggi kerana sedar persaingan sengit dengan filem lain. Bagaimanapun saya gembira dan berpuas hati dengan hasil filem ini," ujarnya yang menjangkakan filem ini akan ditayangkan pada Disember depan.

Selain dijayakan oleh Rusdi dan Nora, filem berkenaan juga turut dilakonkan ramai pelakon hebat seperti Fouziah Ghouse, Riezman Khuzaimi, Mahmod Ali Basha, Norlida Ahmad, Daphne Iking dan Natasha Hudson.
Sumber : mStar 

SabahanCrew : Jangan Lupa Like Facebook Page Dan Tinggalkan Komen TQ..
Digg Google Bookmarks reddit Mixx StumbleUpon Technorati Yahoo! Buzz DesignFloat Delicious BlinkList Furl

0 Komen HOT: on "Movie Mencari Cinta Tidak Ciplak Ombak Rindu"

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...