Tuesday, 7 August 2012

Robot Nasa Mendarat Di Marikh

Robot NASA mendarat di Marikh semalam dalam misi meneroka planet berkenaan. robot kenderaan yang diberi nama Curiosity mendarat di kawah gergasi Gale di planet Marikh untuk misi program penyededikan saintifik selama lebih kurang dua tahun itu.Pasukan penyelidik dan jurutera Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA) bersorak kelmarin apabila kenderaan itu memasuki atmosfera planet itu.
  
Dijana kuasa nuklear, Curiosity yang bersaiz sebesar sebuah kereta dilengkapi pelbagai peralatan saintifik, kamera dan stesen cuaca.Kenderaan itu turut memiliki gerudi, sebuah tangan robotik, pancaran laser, alat pengukur radiasi dan makmal kimia mini.Misi tersebut antara lain bertujuan untuk memastikan sama ada Marikh memiliki bahan asas bagi menyokong kehidupan seperti karbon, nitrogen, fosforus, sulfur dan oksigen.

Pembinaan dan penghantaran Curiosity ke planet merah berkenaan menelan belanja sekitar AS$2.5 bilion (RM7.76 bilion).Curiosity dihantar oleh sebuah jet ke marikh yang mengambil masa lebih kurang lapan bulan perjalanan sejauh 566 juta kilometer.

SabahanCrew : Jangan Lupa Like Facebook Page Dan Tinggalkan Komen TQ...
Digg Google Bookmarks reddit Mixx StumbleUpon Technorati Yahoo! Buzz DesignFloat Delicious BlinkList Furl

0 Komen HOT: on "Robot Nasa Mendarat Di Marikh"

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...